suria

Rozita Che Wan tak akan keluar rumah tanpa solekan, ambil kad laporan anak pun pakai ‘contact lens’

Che Ta akui sentiasa bersiap tidak kira berada di rumah mahupun di luar.

UMUM mengetahui pelakon Rozita Che Wan sangat mementingkan penampilan dan kecantikan setiap kali menghadiri sebarang acara hiburan.

Bagaimanapun, ada pula gemar mengusik pelakon yang popular dengan sapaan Che Ta itu agar tampil di khalayak tanpa sebarang solekan.

Tidak akan sesekali keluar rumah tanpa solekan, Che Ta, 51, berkata, sudah menjadi amalannya menjaga penampilan sebelum bergelar artis lagi dan tidak akan keluar rumah tanpa solekan.

NP-68

Che Ta ketika di pelancaran pelantikannya sebagai wajah bufet Ramadan Hotel Tenera baru-baru ini.

"Saya bukan orang yang keluar rumah tanpa solekan. Saya memang jenis suka bersiap sama ada di rumah atau pun diluar.

"Sebelum jadi artis pun saya sudah menjaga penampilan malah pergi ambil kad laporan anak pun saya bersiap pakai contact lens," katanya kepada mStar.

Che Ta berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran pelantikan pelakon itu sebagai wajah bufet Ramadan Hotel Tenera baru-baru ini.

Dalam pada itu, Che Ta menyokong tindakan suaminya mempertahankan aktres Liyana Jasmay yang menjadi mangsa ‘face shaming’ di media sosial baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “I bukan nak mengata hidup dia”... Che Ta bengang artis berimej alim ajak pelakon baharu buat benda tak elok

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Rozita Che Wan pelik mahkamah keluar notis bankrap, tak pernah culas bayar cukai RM50,000 sebulan

Che Ta berkata, tindakan Zain Saidin itu wajar kerana kritikan netizen terhadap pelakon tersebut sebagai melampau.

"Netizen yang mengata Liyana itu pun tak cantik mana pun! Kadang-kadang tengok orang tapi tak tengok cermin.

"Kadang-kadang kita nak jadi diri kita sendiri atau nikmati masa bersama keluarga. Saya rasa Liyana jenis sempoi orangnya," katanya.

NP-67

Zain tampil pertahankan Liyana kena 'face shaming' dengan netizen di media sosial.

Nama Liyana sebelum ini menjadi bualan ramai apabila tampil membuat video tanpa memakai sebarang solekan ketika sedang bercuti bersama keluarga.

Ramai mengutuk wajah Liyana sebagai tidak cantik tanpa sebarang solekan.

Justeru itu, aktor itu menerusi sesi live di TikTok, tampil membuat teguran kerana tindakan membuat 'face shaming' terhadap pelakon Pappadom itu sebagai tindakan salah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain