suria

Aisar Khaled berguling atas padang tahan sakit, netizen perasan tiada siapa datang tolong... “Kalau fasal duit bukan main rapat lagi”

Aisar menahan kesakitan akibat kecederaan pada kaki kanan.

NETIZEN meluahkan rasa kasihan terhadap Aisar Khaled selepas tiada siapa mempedulikan personaliti media sosial itu yang mengalami kecederaan ketika bermain bola sepak pada Ahad.

Pandangan itu dibuat selepas melihat sendiri video dikongsi Aisar yang memperlihatkan dia berguling menahan kesakitan namun tiada sesiapa mana-mana pemain datang membantunya.

Aisar kemudiannya diangkat keluar oleh petugas kecemasan menggunakan pengusung untuk diberi rawatan.

Aisar mengalami kecederaan di atas padang.

Aisar mengalami kecederaan di atas padang.

Dakwa netizen, individu yang berada disekeliling Aisar hanya mahu mengambil kesempatan terhadapnya ketika senang dan enggan membantunya ketika dia berada dalam kesusahan.

"Kenapa bila Aisar sakit ditinggalkan macam itu saja. Kalau fasal duit dia orang bukan main lagi rapat. Mereka sengaja ke buat tak nampak Aisar sakit.

"Alamak abang awak jatuh sakit semua buat tak tahu atas padang. Waktu awak nak bagi hadiah semua dekat. Nasib yang hantar abang dekat hospital ada hati perut," tulis netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Geng Subuh penuhi masjid Brunei, Aisar Khaled bangga siap sedekah roti canai dan tiga ekor kambing... Kebetulan pula Ustaz Abdul Somad datang bagi ceramah

ARTIKEL BERKAITAN: Aisar Khaled mohon maaf, tiada niat bagi harapan palsu kepada follower... "Saya hanya orang biasa, beri mana mampu sahaja"

Difahamkan, tulang kaki Aisar mengalami keretakan akibat pelanggaran kuat dengan pemain pihak lawan dan mengambil keputusan untuk terus pulang ke Kuala Lumpur.

Aisar juga sempat memohon doa daripada pengikutnya di media sosial dan bertanya petua untuk memberikan kesembuhan segera buat kakinya yang cedera itu.

Dalam pada itu, Aisar atau Aisar Khaled Kamel, 24, memberitahu akibat insiden itu dia serik untuk bermain bola sepak selepas ini.

"Detik kakiku patah, Betul sakit Ya Allah. Saya tidak akan bermain bola lagi selepas ini. Banyak lagi nak pakai kaki ini," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain