suria

Tak tunduk provokasi Amy Ukays, Aliff Syukri tetap tampil lagu raya baharu - “Dia yang lupa diri”

Aliff kesal dengan tuduhan Amy (kanan).

MENYANGKAL dakwaan lupa diri, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri mempersoalkan tujuan kenyataan dikeluarkan oleh komposer Amy Ukays tentang dirinya sebelum ini.

Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 37, menganggap tindakan Amy menulis perkara trsebut di media sosial adalah tidak berasas dan sengaja mahu mengundang kontroversi.

"Saya tidak pernah lupa diri seperti yang dia katakan. Saya pun pelik kenapa dia tulis dan bercakap tentang diri saya tanpa bersemuka terlebih dahulu.

aliff syukri 3

Aliff anggap Amy sengaja timbulkan kontroversi.

"Rasanya tidak adil untuk dia mengeluarkan kenyataan sebegitu tanpa berbincang sebab kami sudah saling kenal. Apa yang dia cakap seolah-olah timbulkan provokasi.

"Mungkin dia yang lupa diri," katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

Aliff mengulas perkara itu selepas Amy meluahkan rasa kecewa apabila usahawan berkenaan dikatakan berubah sikap selepas merakam lagu raya ciptaannya sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Lama simpan perasaan, Amy Ukays kesal Aliff Syukri berubah sikap sejak digelar penyanyi nombor satu

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri ada duit boleh minta komposer lain buatkan lagu, tak peduli Amy Ukays tarik diri

Enggan memanjangkan lagi kisah berkenaan, Aliff berlapang dada sekiranya Amy tidak mahu lagi bekerjasama dengannya di masa akan datang.

"Saya tidak boleh nak halang untuk dia bersuara. Saya pun dapatkan lagu dari dia bukannya percuma. saya bayar dan harganya mahal.

"Rasanya tak perlu nak kecoh-kecoh sebut namanya di media sosial. Saya ada duit dan dia ada lagu, kerjasama sebelum ini bukannya percuma," ujarnya.

Saya pun dapatkan lagu dari dia bukannya percuma. saya bayar dan harganya mahal

DATUK SERI ALIFF SYUKRI

USAHAWAN

Dalam masa sama, Aliff juga tidak menolak tahun ini dia bakal kembali dengan sebuah lagu raya baharu meskipun saban tahun menerima banyak kecaman.

Namun dia tidak mahu lagu mencipta sebarang gimik kontroversi yang boleh mengundang kata-kata kurang baik terhadap dirinya.

"Usia saya pun dah nak menghampiri 40 tahun. Cukuplah kontroversi selelum ini. Namun saya tetap akan tampil dengan lagu raya baharu.

aliff syukri 2

Aliff bakal tampi dengan agu raya baharu.

"Biarpun kena kecam, tapi ada juga yang mahu lagu saya kerana menghiburkan. Kalau tiada lagu dari saya ibarat raya tanpa rendang," jelasnya.

Untuk rekod Amy sebelum ini mencipta beberapa lagu raya buat Aliff termasuk La La Raya, Kelepok Raya dan Cak Cun Cak Raya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain