suria

Adira mahu berpisah cara baik, elak tunjuk emosi menangis depan anak-anak

Adira memfailkan cerai buat kali kedua terhadap suami.

DI SEBALIK kemelut rumah tangga dan usaha suami mahu menyelamatkan hubungan, penyanyi Adira Suhami tetap nekad meneruskan penceraian.

Adira atau Siti Adira Suhaimi, 33, berkata keputusan untuk berpisah dengan suami iaitu Datuk Seri Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red adalah jalan terbaik buat mereka ketika ini.

"Alhamdulillah saya baik-baik saja sekarang. Saya hanya fokus apa yang terbaik untuk diri saya dan anak-anak.

"Buat masa sekarang memang ini sahaja jalan (penceraian) yang saya nampak.

adira1 - 1

Adira nekad mahu berpisah dengan suami.

"Saya percaya memang pihak suami mahu berbaik tetapi macam saya kata jalan yang saya nampak hanyalah perpisahan," katanya kepada mStar.

Adira berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa majlis perasmian dan pengenalan duta bagi produk Gattox yang diadakan di Plaza Vads Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Meskipun berdepan isu rumah tangga, penyanyi lagu Pujaan Hati ini memberitahu dia enggan menunjukkan emosi di hadapan anak-anak.

Malah, Adira mengakui personaliti ceria yang ditunjukkan di media sosial adalah tentang dirinya yang sebenar dan bukan bertujuan untuk menutup rasa sedih yang sedang dilalui.

ARTIKEL BERKAITAN: Adira fail cerai kali kedua terhadap suami, hakim tegur Datuk Red cuba lambatkan kes

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Datuk Red masih sayang Adira, tetap mahu pertahankan rumah tangga

“Apa yang saya tunjukkan di media sosial adalah benar. Saya tidak berpura-pura gembira.

“Penting untuk seorang ibu kepada empat orang anak tunjuk yang positif sahaja.

“Saya elak nangis depan anak. Ibu tunjang keluarga, jika hati kurang senang mereka akan rasa melalui layanan kita.

“Kadang kalau kita tak okay, terjerit kepada anak. Itu yang saya tak nak,” ujarnya.

Buat masa sekarang memang ini sahaja jalan (penceraian) yang saya nampak.

ADIRA SUHAIMI

PENYANYI

Ditanya adakah dia masih tinggal sebumbung bersama suami, Adira memberitahu mereka masih sah sebagai pasangan dan tidak pernah menghalang untuk tinggal bersama.

Kata Adira, dia juga tidak mahu mengeruhkan hubungan antara suami dan anak-anak walaupun sedang berada dalam fasa untuk bercerai.

"Selagi belum bercerai dia masih suami saya. Saya tidak mahu bergaduh atau hadkan masa dia bersama anak-anak.

"Saya tidak pernah menghalang dia datang atau mahu tidur di rumah. Kalau boleh saya nak berpisah cara baik, matang dan tenang.

adira2 - 1

Adira tidak mahu menunjukkan kesedihan depan anak-anak.

"Suami pun ada hak untuk ambil tahu tentang anak-anak dan ada tanggungjawab yang perlu dia laksanakan," katanya.

Untuk rekod, Adira pernah memfailkan permohonan cerai terhadap Adnan di mahkamah sama pada 1 April 2019.

Bagaimanapun penyanyi berasal dari Sabah itu menarik semula permohonan dibuat bagi memberi peluang kedua kepada suami selain cuba berbaik demi anak-anak.

Permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

adira3 - 1

Adira mahu memberi fokus kepada diri sendiri dan anak-anak.

Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

Manakala perkahwinan Adnan bersama isteri pertama iaitu Datin Seri Sharifah Norshafil Hassim mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

Adnan juga pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun namun bercerai selepas lima tahun bersama dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain