PERKONGSIAN video pelakon Norman Hakim mengenai salah seorang model tudung jenama Normey diusahakan olehnya dan isteri iaitu Memey Suhaiza mencuri tumpuan netizen di media sosial. Menerusi kapsyen di video berkenaan, Norman atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 48, berkata model yang dikenali sebagai Nuin itu mirip seperti wajah anak perempuannya iaitu Marissa Dania yang kini berusia 19 tahun. “Macam kembar Dania je Nuin ni,” kongsinya di Instagram pada Jumaat. Nuin (kiri) dikatakan seakan-akan kembar Marissa (kanan). Video berdurasi lebih seminit itu memaparkan sebalik tabir sesi fotografi koleksi tudung terbaharu jenama berkenaan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan pendapat Norman dan mendoakan yang terbaik buat aktor itu dan keluarganya. “Betullah hampir sama. Tapi Dania versi lembut dan pemalu ARTIKEL BERKAITAN: Marissa Dania rupanya seorang introvert, bercita-cita jadi ahli perniagaan ARTIKEL BERKAITAN: Marissa dan Aslam kahwin 27 Disember lalu, Norman dan Abby tak restu minta anak berpisah “Kadang-kadang apabila kita terlalu rindukan anak, sampaikan pergi mana-mana akan ternampak iras wajah anak kita. “Sabar ye tuan, semoga Allah sentiasa melindungi dania dan keluarga tuan,” tulis netizen di ruangan komen. Norman sedang melihat Nuin menggayakan tudung rekaan terbaharu Normey. Pada 7 Februari lalu, nama Marissa meniadi bualan ramai apabila didakwa sudah bernikah dengan Ahmad Aslam iaitu suami kepada Misya Mazlan. Marissa dan Aslam didakwa bernikah di Songkhla, Thailand ketika Misya mengerjakan umrah di Makkah pada 27 Disember tahun lalu. Kisah mereka sudah mula diperkatakan pada September tahun lalu apabila Marissa didakwa sebagai orang ketiga sehingga menyebabkan Aslam dan Misya bercerai namun mereka kembali ruiuk ketika mash dalam tempoh idah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You TONTON VIDEO PILIHAN!