PELAKON Fasha Sandha memuji kemuliaan hati dan kematangan yang ditunjukkan oleh sahabatnya iaitu Nora Danish. Meskipun pernah berdepan perselisihan faham sebelum ini, Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 40, mendedahkan pelakon drama Puteri itu yang memulakan usaha untuk menjernihkan semula hubungan mereka. "Hubungan kami baik secara natural. Bukan dipaksa atau atas nasihat orang lain. Pada mulanya saya ada rasa takut sama ada Nora masih marah dengan saya lagi atau tidak. "Bila saya lihat di Instagram, dia follow saya. Saya terkejut dan menyifatkan dia mempunyai hati yang sangat baik. Lama juga saya fikir sama ada mahu follow kembali atau tidak kerana bimbang dia masih marahkan saya. Fasha memuji sikap baik yang ditunjukkan Nora. "Tapi bila fikir balik, kenapa pula saya nak berasa awkward. Lagi pun anak Nora adalah abang kepada anak-anak saya, jadi saya pun follow back dan kami komunikasi seperti biasa," katanya kepada mStar. Fasha berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa majlis perasmian dan pengenalan duta bagi produk Gattox yang diadakan di Plaza Vads Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur pada Sabtu. Dalam pada itu, pelakon drama Rampas Cintaku 2 ini mendedahkan hubungannya dengan Nora sudah pulih dan mengakui segala yang berlaku di antara mereka sebelum ini mempunyai hikmah yang besar. Tambah Fasha, dia tidak mahu mengenang masa lalu dan menyifatkan perkara yang terjadi sebelum ini berlaku kerana sikap tidak matang. ARTIKEL BERKAITAN: Video kemesraan curi perhatian, peminat kagum tengok kejelitaan Fasha Sandha dan Nora Danish ARTIKEL BERKAITAN: Sengketa sudah jadi sejarah... peminat tumpang bahagia tengok Fasha Sandha dan Nora Danish foto bersama “Kami sudah lama berbaik. Itu merupakan zaman remaja kami. Masing-masing masih mentah dah panas. Kami bersyukur kerana pengalaman itu, masing-masing berjumpa dengan lelaki yang tepat. “Kalau bukan kerana kejadian lalu, kita tidak akan bertemu dengan cinta hati ketika ini,” ujarnya. Sementara itu, Nora atau Nora Mohd Danish Hanif, 42, berkata konflik berlaku sebelum ini memberikan pengajaran dan menjadikan mereka lebih matang. Malah dia melihat kejujuran yang ada pada diri Fasha dan tidak pernah berasa kekok biarpun pernah berselisih faham sebelum ini. Bila saya lihat di Instagram, dia follow saya. Saya terkejut dan menyifatkan dia mempunyai hati yang sangat baik. FASHA SANDHA PELAKON "Sejujurnya saya beritahu sewaktu berjumpa Fasha semula saya tidak merasa kekok. Saya nampak kejujurannya. Kami tidak fake! “Saya merasakan segalanya ada hikmah. Allah sebaik-baik perancang. Apa yang jadi kepada kami dahulu, membuatkan kami berfikir lebih matang dan rasional. “Saya sayang antara satu sama lain. Kita lupakan apa yang berlaku dahulu. Itu semua tidak penting lagi. Anak kami merupakan adik beradik... Jejai (bekas suami) pun memang baik dengan kami berdua. Jadi, kami ini dah jadi keluarga,” katanya. Dalam perkembangan lain, Fasha meluahkan rasa syukur kerana dapat bekerjasama dengan Nora yang baharu dilantik sebagai duta produk Gattox iaitu makanan tambahan yang memberi kesan dua kali ganda untuk penurunan berat badan. Fasha dan Nora tidak mahu mengingati kembali kemelut lama. Fasha yang juga merupakan duta produk Berryfull keluaran Inayah Beauty itu menyifatkan kerjasama ini sebagai satu tanda positif untuk mengeratkan lagi hubungan mereka. Pada tahun 2018, Fasha dan Nora sepakat menyelesaikan isu mahkamah di antara mereka secara baik dan memilih untuk berdamai kerana menganggap anak-anak mereka adalah bersaudara. Perselisihan faham di antara mereka difahamkan berlarutan sejak sekian lama namun memuncak apabila Fasha mendakwa dihalang penganjur menghadiri pertunjukan fesyen Aidilfitri pada 12 Mei 2017 kononnya atas arahan Nora. Untuk rekod, Fasha dan dan Rizal Ashram atau Jejai berkahwin pada 27 April 2012 namun mereka bercerai pada 20 Januari 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 11, dan Putri Jemyma, 9. Nora menganggap semua yang berlaku ada hikmahnya. Fasha kemudiannya berkahwin dengan Aidil pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aisha Amaira yang kini berusia tiga tahun. Sebelum itu, Jejai dan Nora pernah mendirikan rumah tangga pada 20 Jun 2006 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal Ramli yang kini berusia 15 tahun. Pasangan itu bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun berkahwin. Nora juga sudah berkahwin lain dengan Mohd Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Mohamed Neqayl, 5. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You TONTON VIDEO PILIHAN!