USAHAWAN sensasi Datuk Seri Vida bertindak menukar nama pusat tahfiz miliknya kepada Tahfiz Al Zuhdie Wa Zikrie sejak tahun lalu. Vida atau Hasmiza Othman, 53, berkata, nama pusat tahfiz itu ditukar bersempena dua orang Allahyarham anaknya iaitu Muhammad Edrie Zikrie dan Muhammad Eddie Zuhdie yang meninggal dunia 11 tahun lalu. “Baru tukar nama pada tahun lepas, pertamanya saya tukar nama itu sebab ia tempat dua arwah anak saya dikafankan. Vida tukar nama pusat tahfiznya dengan dua nama arwah anaknya. “Ketika itu saya tak bawa masuk rumah sebab masih bersedih tentang kehilangan dua anak saya itu,” katanya ketika dihubungi mStar. Vida juga berkongsi selama pusat tahfiz itu beroperasi sejak enam tahun lalu, syarikatnya menanggung 99 peratus kos perbelanjaan dan operasinya. Usahawan itu memberitahu sepanjang tempoh itu tiada pihak tampil menghulurkan bantuan bagi kelancaran pusat tahfiz tersebut namun tidak melihat ia sebagai satu masalah besar. ARTIKEL BERKAITAN: Vida tak tunggang agama, niat murni ajak orang menderma... Rimas layan Iqbal sibuk menyelit tumpang glamor ARTIKEL BERKAITAN: Kos MV RM400,000 dah boleh siapkan pusat tahfiz! Shahrulezad tegur niat Vida guna agama raih ‘view’ "Sebelum ini guna nama saya tiada siapa nak bantu sebab mungkin mereka menyangka saya boleh tanggung semuanya tanpa bantuan. "Tapi tidak mengapalah, pusat tahfiz itu saham akhirat, biarlah saya tanggung," jelasnya. Vida memberitahu setiap tahun dia akan mengeluarkan kos lebih setengah juta bagi kegunaan pusat tahfiz berkenaan. Tapi pusat tahfiz ni jadi senjata pada pernigaaan, kehidupan serta kesihatan saya. Doa pun mudah makbul. DATUK SERI VIDA USAHAWAN Meskipun tidak mudah menguruskan sebuah pusat tahfiz namun kata Vida ia juga adalah senjata buat perniagaan dan kesihatannya. “Alhamdulillah pada awal buka itu struggle juga tapi pusat tahfiz ni jadi senjata pada pernigaaan, kehidupan serta kesihatan saya. Doa pun mudah makbul. “Kalau ikutkan kos semuanya RM50,000 sebulan jadi setahun dalam RM600,000,” katanya. Untuk rekod, Muhammad Edrie Zikrie dan Muhammad Eddie Zuhdie meninggal dunia dalam kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat di Meru Hills, Taman Meru, Ipoh pada Ogos 2013. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!