suria

Izreen Azminda kongsi berita gembira, sedang hamil anak keempat

Izreen umum kini sedang hamil anak keempat.

PELAKON Izreen Azminda berkongsi berita gembira apabila mengumumkan dia kini sedang hamil cahaya mata keempat.

Izreen atau Izreen Azminda Aznam, 39, turut memuat naik foto memperlihatkan bentuk perutnya (baby bump) yang semakin membesar.

Aktres itu juga sempat meluahkan rasa syukur kepada Allah dengan rezeki yang diberi pada ruangan kapsyen.

NP-82

Izreen berkongsi berita gembira di Instagramnya pada petang Jumaat.

Bagaimanapun Azminda tidak mendedahkan usia kandungannya.

“Alhamdulillah rezeki Allah nak bagi tahun ini,” katanya.

Perkongsian foto itu dikongi Izreen di Instagram miliknya pada petang Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia haramkan saya post gambar anak-anaknya di IG” - Izreen Azminda

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh tidak mahu cuci baju anak tiri, suami Izreen Azminda tampil pertahankan isteri

Dalam perkongsian sama, Izreen turut mendoakan para wanita yang sedang berjuang mendapatkan cahaya mata agar tidak berputus asa.

“Bagi yang tengok gambar ini, saya doakan buat awak semua pejuang TTC (trying to conceive) supaya dikurniakan malaikat-malaikat kecil satu hari nanti, Insya-Allah,” ujarnya.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah buat Izreen.

Alhamdulillah rezeki Allah nak bagi tahun ini

IZREEN AZMINDA

PELAKON

Untuk rekod, Izreen mendirikan rumah tangga dengan pemuzik Muhamad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude pada Ogos 2017.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aaron Ibrahim dan Ali Idrees.

Izreen juga mempunyai seorang cahaya mata lelaki iaitu Adrian Umar hasil perkahwinan terdahulu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain