suria

“Diam tak bererti kalah” - Emosi dan kehidupan terganggu, Amir UK's dah malas bertekak dengan Amy

2447421

PERTELINGKAHAN dengan ketua kumpulan Ukays iaitu Amy yang belum bertemu titik noktah membuatkan kehidupan dan emosi penyanyi Amir UK's terganggu.

Enggan terus dibelenggu dengan perkara itu, Amir memilih jalan berdiam diri dan melupakan sengketa di antara mereka kerana percaya ia terbaik buat mereka.

"Saya dah malas nak fikir perkara ini sebab ganggu emosi dan buat kacau kehidupan. Lebih baik saya tak payah layan.

amir2 - 1

Amir tidak pernah gentar untuk bertentang mata dengan Amy.

"Saya nak tutup cerita ini dan tak mahu isu seperti ini dibangkitkan lagi. Bagi saya, kalau dilayan nampak macam budak-budak dan tak profesional.

"Biar dia dengan caranya, saya sudah malas nak layan," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Amir atau Amir atau Muhammad Azmir Muhammad Yusof, 55, berkata dia bukan gentar mempertahankan diri sebaliknya enggan memanjangkan perselisihan faham di antara mereka.

Amir berkata, dia juga tidak takut bertentang mata dengan Amy namun percaya tindakan itu sia-sia dan akan mengeruhkan lagi keadaan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Amy dah cuba hubungi Amir tapi hanya ‘blue tick’ saja, sedia jumpa depan-depan selesai kemelut Ukays

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Makin lama makin melampau” - Amir Ukays bengang kumpulan nama sama masih guna lagu nyanyiannya untuk tujuan promosi

"Saya bukan takut nak jumpa dia tapi rasanya tak perlu, sebab kalau jumpa pun masalah tak selesai.

"Jadi jalan terbaik adalah dengan mendiamkan diri. Saya nak pandang ke depan. Dia pun tak payah nak telefon dan ajak jumpa," ujarnya.

Amir juga memberitahu cadangan mengambil tindakan undang-undang bagi menyelesaikan kemelut di antara mereka juga tidak akan diteruskan.

Ramai yang tahu cerita ini belum selesai tapi biarlah.

AMIR UK's

PENYANYI

Fokusnya kini kata Amir adalah berfikir mengenai masa depan UK's selain ingin mengembangkan karier di negara jiran.

"Kalau selepas ini ada sebarang kenyataan daripada pihak sana pun saya sudah malas nak layan... Diam bukan bererti saya kalah.

"Walaupun ramai yang tahu cerita ini belum selesai tapi biarlah," ujarnya.

2447421

Kemelut Amir dan Amy masih lagi tergantung tanpa pendamaian.

Sebelum ini, Amy atau Azmi Hassan, 50, memberitahu dia sudah menghubungi Amir bagi membincangkan kemelut di antara mereka namun Amir enggan menjawab kiriman teks dihantar.

Isu di antara mereka timbul selepas terdapat dua lagi kumpulan menggunakan nama sama tetapi berbeza ejaan iaitu Ukays yang ditubuhkan oleh Amy.

Manakala satu lagi kumpulan turut menggunakan nama Ukays yang dianggotai bekas penyanyi mereka iaitu Achik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain