PELAKON Alif Muhaimin berkongsi perasaan teruja apabila bakal menyambut kelahiran cahaya mata pertama pada pertengahan Mac ini. Menurut Alif atau Alif Muhaimin Abdul Rahman, 29, kandungan isterinya iaitu Alissa Azam kini sudah pun mencecah usia lapan bulan. Aktor berkenaan turut meluahkan rasa syukur dan teruja untuk menyambut kelahiran bayi mereka, selain gementar bakal bergelar seorang bapa. "Apa yang saya boleh katakan, saat mengetahui isteri saya mengandung, saya rasa takut, gementar dan teruja. Semuanya bercampur-baur. Alif mahu galas tanggungjawab sebagai bapa dengan baik. "Ini merupakan anak pertama kami sudah tentu saya berasa gementar kerana ingin menggalas tanggungjawab baru sebagai bapa," katanya ketika dihubungi mStar. Dalam pada itu, Alif berkongsi cabaran yang dilalui oleh isterinya yang terpaksa menghadiri kelas sepanjang tempoh kehamilan. Ujar Alif, isterinya sedang menuntut di sebuah institut pengajian tinggi di Rembau, Negeri Sembilan. Melihatkan pengorbanan isteri terpaksa bersusah-payah menyambung pelajaran sewaktu hamil membuatkan pelakon itu lebih bersemangat menggalas tanggungjawab sebagai suami dan bapa. ARTIKEL BERKAITAN: Hero Remaja Alif Muhaimin sah bergelar suami Nur Fatin Alissa dengan sekali lafaz ARTIKEL BERKAITAN: Kecantikan dan sikap memahami isteri buat Alif Muhaimin tak tunggu lama tamat zaman bujang "Sejujurnya saya rasa kasihan melihat isteri saya menghadiri kelas dalam keadaannya sedang hamil. Kadang-kadang saya lihat dia nampak penat juga. "Tapi syukur dia baru sahaja tamat belajar. Bila lihat dia masih gigih belajar walaupun mengandung membuatkan saya lebih semangat dan teruja untuk jadi lebih bertanggungjawab," ujarnya. Sebelum itu, Alif dalam sebuah majlis pengumuman jantina atau gender reveal memaklumkan mereka bakal menyambut kelahiran cahaya mata lelaki. Untuk rekod, Alif mendirikan rumah tangga dengan Alissa atau Nur Fatin Alissa Azam, 22, pada 24 Jun tahun lalu dalam sebuah majlis yang diadakan di Ghazi House, Hulu Langat, Selangor. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You TONTON VIDEO PILIHAN!