suria

Taruhan Tiktokers keluar lagu menjadi, terus trending selepas dilancarkan... Arul Rasheed belum sedia nyanyi live depan peminat

Arul terkejut bakatnya sebagai penyanyi diterima peminat.

BARU berjinak-jinak menjadi seorang penyanyi, pencipta kandungan dan pempengaruh Arul Rasheed tidak menyangka lagunya berjudul Jaga Dia menjadi trending di media sosial selepas beberapa jam dilancarkan.

Arul, 29, berkata, dia awalnya bimbang dengan penerimaan pendengar memandangkan masih belum yakin dengan kebolehan dimiliki sebagai penyanyi.

"Saya sebenarnya terkejut dengan penerimaan orang ramai. Beberapa jam lagu itu keluar penonton tak ramai tapi bila dah habis siaran langsung tiba-tiba naik mendadak.

13169a4d-5211-4d4a-a23c-0448d22a532c

Arul tak sangka dengan sokongan dari peminat.

"Dalam tiga jam lancarkan dah dapat 30,000 pendengar... Aiman (komposer lagu) pun tak sangka juga.

"Pukul 1 pagi mereka cakap dah masuk trending. Saya berdebar sebab ini pertama kali saya menyanyi," katanya ketika dihubungi mStar.

Dia bagaimanapun tidak bersedia untuk menerima sebarang tawaran menyanyi di hadapan orang ramai meskipun lagunya sedang menjadi siulan peminat.

ARTIKEL BERKAITAN: The real influencer! TikToker beri semua ‘gift’ dapat di ‘live’ TikTok, derma separuh gaji demi bantu bayi tanpa lelangit jalani pembedahan

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah tular suara mirip penyanyi Indonesia, Zul Hadi muncul dengan ‘Bidadariku’... sedia tempuh kehidupan sebagai selebriti

"Saya cakap dengan Aiman kalau selepas ini ada orang panggil saya menyanyi cakap saya sibuk.

"Saya belum yakin lagi nak menyanyi secara live, saya harap Aiman pandai-pandailah bagi jawapan," katanya lagi.

Berkongsi lebih lanjut, Arul berkata dia awalnya kerap menyanyi semasa melakukan siaran langsung di TikTok selepas mendapat permintaan dari peminat.

Tidak hanya itu, dia juga mendapat sokongan daripada rakan-rakan pelawaknya untuk menghasilkan sesuatu untuk kekal relevan.

Mungkin kami hanya boleh melawak di TikTok bukan di depan orang ramai.

ARUL RASHEED

PENYANYI

"Ramai penonton TikTok minta saya nyanyi walaupun saya mengaku suara saya tak sedap.

"Kawan saya Sharif Zero, Fad Bocey dan Zahid AF pun sarankan saya untuk hasilkan satu produk untuk lebih dikenali. Mereka kata saya boleh melawak dan menyanyi," ujarnya.

Dalam pada itu, Arul memberitahu dia pernah menghadiri uji bakat program Juara Lawak Awesome bersama seorang rakannya namun memilih untuk mengundurkan diri kerana tiada keyakinan.

"Saya sebenarnya berjaya uji bakat Juara Lawak Awesome bersama seorang lagi rakan saya tapi kami undur diri lebih awal.

6c2446d1-4321-4383-8ddc-067d4040176d

Hanya ambil masa empat minggu untuk hasilkan lagu.

"Sebab saya rasa keras... mungkin kami hanya boleh melawak di TikTok bukan di depan orang ramai," ujarnya.

Sementara itu, Arul memberitahu Jaga Dia dihasilkan oleh Aiman Sidek disiapkan hanya dalam tempoh empat minggu.

"Sebenarnya, Aiman pernah tawarkan saya lagu pada tahun lalu tapi sebab sibuk kami diamkan diri sementara.

"Selepas itu kami bincang semula dan dia cipta lagu mengisahkan saya dengan teman wanita saya. Lagu ini projek yang cepat... saya rakam dalam sejam saja," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain