SEMAKIN sibuk dengan urusan perniagaan, pelakon Abby Abadi dilihat sudah jarang muncul di mana-mana drama di televisyen. Menjawab pertanyaan peminat, Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 46, berkata, dia akan kembali berlakon sekiranya ditawarkan watak yang membawa kepada keredaan Allah SWT. "Insya-Allah kalau ada tawaran watak-watak yang bernilai di sisi Allah, saya terima. Abby teruja jalani penggambaran bersama anak ketiganya. "Kalau tak ada kita berniaga sajalah. Kita pun tak naklah kalau sibuk nak shooting balik terutama drama panjang-panjang. "Banyak pantang larang, nanti buat orang benci pula dengan kita kan?," katanya. Abby berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada petang Khamis. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak pernah bela dan menangkan anak saya” - Abby Abadi ARTIKEL BERKAITAN: “Penatlah jadi mak orang”... Patut lama tak nampak Abby Abadi berlakon, bosan asyik diberi watak ibu Dalam hantaran tersebut memaparkan dia sedang menjalani penggambaran bersama anak ketiganya iaitu Maria Danisha. Kata Abby, penggambaran tersebut berjalan dengan lancar namun melihat lebih ramai muka-muka baharu yang berkerja di balik tabir. "Produksi seronok, pengarah dan krew baik. Tapi semua tak kenal dah. Abby kongsi wajah rakan produksi sudah berubah. "Sebab lama dah kita tak shooting, tak kenal dah semua orang," kongsinya. Dia juga memberitahu lebih selesa untuk melakukan sesuatu yang disukai iaitu berniaga sekali gus mendapat reda Allah. "Baik kita usaha buat apa yang kita suka, yang penting Allah reda. Abby kini lebih memilih dalam watak lakonannya. "Doakan yang baik-baik untuk semua okay, semua pengakhiran yang baik Allah izinkan untuk kita semua,” katanya. Sebelum ini, Abby memaklumkan dia menolak tawaran berlakon kerana sering diberikan watak sebagai ibu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!