PENYANYI Erul Samah menyifatkan kecaman diterima selepas tampil menyanyikan lagu finalis Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) sebagai melampaui batas. Erul atau Khairul Najmuddin Abu Samah, 33, berkata, dia sudah cuba melakukan sehabis baik selain menyanyi mengikut cara tersendiri. "Saya sudah terbiasa dengan kecaman tetapi kali ini saya rasa agak melampau sampai ada cakap cara saya menyanyi macam orang baru bangun daripada mati. Itu sudah tahap kurang ajar. "Saya rasa setiap penyanyi mempunyai stail tersendiri. Saya hanya bawa cara saya tetapi tidak tahulah kenapa ramai yang tidak berpuas hati. Erul terkilan dengan komen negatif yang melampau. "Tipulah kalau saya kata tidak sedih atau sakit hati. Kalau baca komen tu memang rasa nak sakit jantung," katanya ketika dihubungi mStar. Dalam pada itu, Erul memberitahu dia paling banyak menerima kecaman ketika menyanyikan lagu milik Aina Abdul berjudul Jangan Mati Rasa Itu. Penyanyi lagu Salahkah ini mengakui dia sememangnya berasa gementar untuk memuat naik video lagu cover tersebut kerana memikirkan kecaman yang bakal diterima. "Sebenarnya saya memang takut nak keluarkan cover lagu Aina itu. Lagu tersebut merupakan lagu terakhir yang saya keluarkan. ARTIKEL BERKAITAN: Terdesak punya fasal, bayaran RM80 pun Erul Samah ambil... Gelaran 'Raja Komen' akhirnya ubah nasib ARTIKEL BERKAITAN: 'Jangan Mati Rasa Itu' lagu terbaik hari pertama Separuh Akhir Muzik-Muzik 38 "Saya tidak nafikan yang paling teruk saya dihentam untuk cover lagu Aina Abdul. Saya pun tidak tahu kenapa. "Tahun lepas pun saya cover lagu Aina untuk AJL37 saya dikecam. Netizen cakap suara saya macam kataklah, tak sesuailah... Lebih baik jadi raja komen sahaja," ujarnya. Erul bagaimanapun menjelaskan niatnya untuk merakamkan lagu cover finalis AJL38 adalah sekadar untuk memartabatkan hasil karya penyanyi tempatan. Kata Erul, ia merupakan salah satu inisiatif yang dilakukan dengan mengeluarkan kos sendiri sebagai usaha memberikan sokongan kepada industri muzik. Saya sudah terbiasa dengan kecaman tetapi kali ini saya rasa agak melampau. ERUL SAMAH PENYANYI "Sejujurnya niat saya buat cover lagu ini hanya untuk memartabatkan lagu-lagu karya tempatan. Pentas AJL adalah lagu-lagu terbaik di Malaysia yang patut diketengahkan. "Sebagai penyanyi dan pempengaruh media sosial saya mahu beri sokongan tapi tak sangka pula ramai netizen ‘bitter’. "Jadi apabila dikecam teruk sudah tentu saya terasa kerana sudah meletakan usaha menyokong semua lagu bertanding," katanya. Sebelum ini, Erul memuat naik video menyanyikan lagu-lagu yang bakal bertanding di AJL38 di platform media sosial miliknya. Erul sekadar memberikan sokongan buat lagu-lagu tempatan. Bagaimanapun penyanyi berkenaan menerima kritikan hebat daripada netizen yang memberikan koment terhadap vokal dan cara nyanyiannya. Sebanyak 12 lagu yang layak ke pentas AJL38 termasuk Sutera (Aisha Retno), Astana (Ernie Zakri), Darah (Marsha Milan), Kalam (Shiha Zikir), Bintang (Hael Husaini) dan Santai (Naqiu). Turut bertanding adalah lagu Inilah Jalannya (Kugiran Masdo), Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul), Hasrat (Amir Jahari), Kucuma (Wany Hasrita & Datuk Jamal Abdillah), Waktu (Ziana Zain & Hasif Upin) dan Selagi Ku Ada (Khai Bahar & Nabila Razali). AJL38 bakal berlangsung 3 Mac depan memperlihatkan 12 buah lagu bertanding merebut gelaran Juara Lagu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You TONTON VIDEO PILIHAN!