suria

Zoey Rahman dituduh perguna wanita OKU dalam live Tiktok, tak perlu ‘drama’ nak jual produk

Zoey hanya mahu memberi sokongan terhadap Mass (kiri).

SELEPAS dikecam gara-gara sering mengadakan sesi siaran langsung TikTok bersama wanita bernama Mass Factor, pelakon dan usahawan Zoey Rahman tampil menjelaskan ia bukan bertujuan mempromosikan rangkaian produk kosmetik keluaran syarikat miliknya.

Kata Zoey atau Mohd Hairey Azhar Abdul Rahman, 39, dia ikhlas ingin membantu Mass yang merupakan orang kurang upaya (OKU) selain sekadar hiburan pengikut di media sosial.

"Tiada niat pun saya nak buat marketing produk dengan mempergunakan Mass. Saya sering tengok TikTok dia sebelum ini dan tahu dia seorang yang suka bersolek. Jadi saya hanya mahu sokong hobinya.

zoey 3

Ramai dalam kalangan netizen anggap Zoey mempermainkan perasaan wanita.

"Saya sendiri sudah hantar set alat solek untuk dia. Bukan sahaja jenama sendiri malah ada jenama lain untuk lengkapkan apa yang dia tidak ada.

"Saya tidak perlukan marketing sebegitu atau buat drama untuk lariskan produk. Kami sama-sama buat live di TikTok untuk hiburkan pengikut sahaja.

“Saya juga banyak berkongsi nasihat dengannya untuk mengubah gaya hidup menjadi lebih baik," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Insiden dimalukan bukan salah penganjur, rupanya makanan terselit celah gigi Zoey Rahman

ARTIKEL BERKAITAN: Zoey Rahman ‘buat muka’ demi kepuasan diri, perlu jaga penampilan sebagai founder produk kosmetik

Zoey menjelaskan hal berkenaan selepas timbul dakwaan kononnya dia sengaja mempermainkan perasaan Mass selepas wanita asal Singapura itu sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk menjalinkan hubungan lebih serius.

Menurutnya dia juga sudah menasihati Mass supaya tidak terlalu mengikut perasaan sedangkan mereka belum pernah berjumpa dan baru sahaja berkenalan secara maya di laman sosial.

Dalam masa sama Zoey juga merasa kurang senang apabila ada dalam kalangan netizen mudah membuat penilaian sedangkan tidak mengikut sesi siaran langsung mereka sejak awal.

Walaupun dia tidak sempurna secara fizikal namun dia ada bakat berbeza

ZOEY RAHMAN

PELAKON/USAHAWAN

"Selepas dia meluahkan perasaan mahu menjadi lebih dari kawan, saya sudah cakapkan supaya jangan terburu-buru sebab kami baru sahaja kenal.

"Ramai yang kecam dan anggap saya mempermainkan dia. Timbul pula golongan yang menyokong Mass. Saya rasa perkara ini tidak bagus. Kalau mereka yang mengikuti kami dari awal akan faham hiburan yang ingin di sampaikan," ujarnya.

Zoey juga memberitahu dia bakal berjumpa Mass secara bersemuka buat pertama kali pada Mac nanti sempena penglibatannya dalam sebuah acara.

zoey 2

Zoey akan berjumpa Mass di Singapura pada Mac nanti.

Dia juga amat terharu apabila Mass sanggup datang ke tempat acara berkenaan dan mahu menghadiahkan sebuah lukisan buatnya.

"Walaupun dia tidak sempurna secara fizikal namun dia ada bakat berbeza. Dia boleh berlakon, menyanyi dan dia ada melukis wajah saya. Katanya mahu hadiahkan lukisan itu nanti apabila kami berjumpa.

"Saya sendiri tidak sabar nak berjumpa dengan Mass. Mungkin pada acara itu nanti saya boleh jemput dia menyanyi bersama di atas pentas," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain