suria

Panjang lebar Raf Yaakob cerita jumpa ‘kekasih’ lama, rupanya cakap fasal Nissan Skyline R35 GTR

Raf mendedahkan teruja bertemu dengan 'bekas kekasih'.

PENGAKUAN bekas suami pelakon Mawar Rashid iaitu Raf Yaakob mencuri perhatian apabila mendedahkan berasa gugup selepas bertemu dengan 'kekasih' lama yang terpisah sejak 15 tahun lalu.

Raf atau Raden Ahmad Faizal Yaakob, 39, berkata, mereka sebelum ini pernah menjalinkan hubungan selama 10 bulan sekitar tahun 2009 namun terpaksa berpisah disebabkan gagal memberikan komitmen.

"Ya saya bertemu dengan seseorang. Kami bercinta pada 2009 dan 10 bulan selepas itu kami mengambil keputusan memutuskan hubungan tersebut," katanya.

Raf berkongsi perkara itu menerusi hantaran dimuat naik di Instagram miliknya pada Khamis.

raf3 - 1

Raf mengimpikan untuk memiliki semula kereta jenis Nissan Skyline R35 GTR.

Dalam pada itu, Raf dalam tulisannya memberitahu dia sudah beberapa kali terserempak dengan bekas kekasihnya dan berfikir sama ada ingin meneruskan kembali hubungan mereka.

Raf menggambarkan bekas kekasihnya itu mempunyai kulit yang cerah selain mempunyai darah campuran yang berjaya menambat hatinya.

"Waktu itu saya tidak dapat memberikan komitmen tetapi saya beberapa kali ada berjumpa dengannya. Tapi dari jauhlah. Fuh jantung berdegup kencang kerana teringat zaman bercinta dulu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jodoh ketentuan Allah, Raf Yaakob tak tolak kembali bersatu dengan Mawar Rashid

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Mawar pilih kunci mulut isu cerai, kehidupan kini ibarat 'gelas kosong'

"Kami mempunyai keserasian yang baik. Kulitnya putih melepak dan mempunyai darah campuran. Cara dia bercakap juga seksi," ujarnya.

Pun begitu, Raf rupa-rupanya bergurau memberi gambaran tentang kereta idamannya iaitu Nissan Skyline R35 GTR yang pernah digunakan sebelum ini.

Malah kereta berkenaan turut menjadi latar kepada foto dirinya yang dikongsi di Instagram.

"Dia berjaya membuatkan dunia saya berpusing. Mungkin saya perlu kembali mendekatinya, entahlah. Patutkah saya berbuat demikian?

Raf bergurau soal cinta.

Raf bergurau soal berjumpa dengan kekasih lama.

"Oh ya, dia ada di belakang saya. Saya melihatnya di Netflix dalam filem Gran Turismo," katanya.

Untuk rekod, Raf dan Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 29, mendirikan rumah tangga pada 2017.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang yang kini berusia 10 bulan.

Bagaimanapun, Mawar mengesahkan sudah bercerai dengan Raf pada November tahun lalu disebabkan sudah tiada persefahaman.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain