suria

Penyanyi lagu ‘Anak Tupai’ kahwin peminat usia 21 tahun, isteri pertama izin tapi belum jumpa madu

Halim dan Farhana sudah memiliki cahaya mata perempuan berusia enam bulan.

TANPA berselindung, penyanyi dikir barat Yazid Halim mengakui berpoligami selepas mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya iaitu Nurul Farhana Asyikin pada November 2022.

Yazid, 64, berkata, walaupun mempunyai jarak usia 43 tahun namun ia bukan penghalang mereka mengecap bahagia selepas berkenalan di media sosial.

Malah perkahwinan tersebut turut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan diberi nama Davinia Ateeliya yang kini berusia enam bulan.

size NP 1 (26)

Halim bersama isteri pertamanya.

"Saya dan Farhana berkahwin pada 8 November 2022 dan sudah mempunyai seorang anak berusia enam bulan.

"Perkenalan kami unik sebab sebelum ini dia pernah mengasuh anak sepupu saya sebelum kami berkenalan di media sosial.

"Isteri kedua berasal dari Kelantan dan merupakan peminat saya. Walaupun dia masih muda tapi dia tahu lagu-lagu dikir barat yang saya nyanyi," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz berdakwah dalam dikir barat - “Elak ‘mengarut’ guna elemen lucah dan sensitiviti”

ARTIKEL BERKAITAN: Festival Muzik KL 2012 Angkat Dikir Barat

Yazid berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pengumuman Konsert Zikir Dikir yang bakal diadakan pada 3 Mei depan di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.

Dalam pada itu, Halim meluahkan rasa syukur apabila isteri pertama menerima keputusan dia berkahwin dua sebelum ini.

Bagaimanapun, kedua-dua isterinya itu tidak pernah bertemu walaupun tinggal berdekatan.

Saya dan Farhana berkahwin pada 8 November 2022 dan sudah mempunyai seorang anak berusia enam bulan.

HALIM YAZID

PENYANYI DIKIR BARAT

"Isteri pertama dengan kedua ni tak bergaduh tapi tidak berbaik, mereka tidak jumpa tapi memang tak bergaduh.

"Sekarang kami duduk di Salak Tinggi tetapi rumah berasingan tapi dalam tiga minit sahaja," katanya.

Perkahwinan Halim bersama isteri pertama turut dikurniakan lapan orang cahaya mata.

Bercerita mengenai perkembangan terkini, Halim memberitahu dia kini menjalankan perniagaan nasi lemak serta nasi berlauk Kelantan sejak tujuh bulan lalu di kawasan perumahannya.

size NP 1 (27)

Halim mengisi masa lapang dengan menjual nasi lemak.

Penyanyi lagu Anak Tupai itu bagaimanapun memberitahu gerainya itu akan ditutup jika dia mempunyai undangan nyanyian.

"Daripada otak jadi tepu tidak buat apa-apa di rumah, lebih baik saya buat sesuatu. Dapat juga tambah pendapatan.

"Lagipun saya buka gerai sebab nak jumpa peminat. Ada yang datang semata-mata nak bergambar dengan saya.

"Kalau ada undangan nyanyian, saya tutup gerai walaupun isteri boleh uruskan... Tapi saya tak mahu sebab bimbang peminat hampa jika mereka datang saya tiada di situ," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain