suria

Kongsi realiti kehidupan rakyat Kelantan, filem Janna Endoro angkat wanita sebagai hero

Gelagat Pekin Ibrahim cetuskan kemarahan penonton.

BUKAN sekadar memaparkan babak aksi, filem Janna Endoro juga mengetengahkan realiti kehidupan masyarakat di Kelantan yang jarang diketahui umum.

Pengarahnya, Sham Jr berkata, karya ini bertambah menarik apabila mengangkat wanita sebagai hero yang sememangnya jarang diketengahkan dalam filem aksi lain.

Disebabkan itu, Sham memilih pelakon Trisha Ooi sebagai watak utama dalam Janna Endoro.

"Saya memang suka buat filem aksi tapi dalam Janna Endoro saya mahu lebihkan wanita.

DSC01842

Antara babak yang diketengahkan dalam Janna Endoro.

"Sebab terlalu banyak filem aksi lelaki jadi saya dan pasukan produksi berbincang untuk mengangkat wanita pula. Jangan asyik-asyik lelaki saja," katanya.

Sham berkongsi perkara itu ketika ditemui di tayangan perdana filem Janna Endoro di Petaling Jaya yang berlangsung pada malam Isnin.

Katanya, filem ini bukannya ingin memberi pandangan negatif kepada lelaki Kelantan sebaliknya sekadar hiburan semata-mata.

Dia yang merupakan anak kelahiran Kelantan mengakui sudah memikirkan kesan dan akibat terpaksa ditanggung sekiranya terdapat segelintir pihak memandang negatif filem tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Sabri Yunus perjuang maruah budaya Mak Yong dalam ‘Duan Nago Bogho’, singkap kehidupan masyarakat Kelantan

ARTIKEL BERKAITAN: Susah lidah Kelantan nak tukar loghat nogori... Pekin Ibrahim terbawa-bawa dialek sampai ke rumah, Mona Allen pun naik pelik!

"Kalau orang Kelantan pasti mereka dapat memahami kerana itu realitinya tapi bukan bermaksud orang Kelantan itu jahat... Tidak! Tapi saya ingin menyampaikan mesej kalau buat jahat inilah balasannya.

"Sebenarnya sebelum kami buat sudah difikirkan mengenai soal itu tapi kami tetap teruskan kerana ingin menunjukkan corak kehidupan orang Kelantan.

"Kami terfikir juga kalau ia memberi kesan buruk kepada lelaki Kelantan tapi ini kehendak skrip dan kami cuba dahulu," katanya lagi.

Tiada kritikan sosial, filem ini hanya sekadar hiburan semata-mata.

SHAM JR

PENGARAH

Mengulas mengenai penggunaan kata yang mungkin dianggap kasar, Sham memberitahu ia sekadar bahasa digunakan oleh rakyat Kelantan setiap hari.

"Mungkin ada perkataan dikatakan agak kasar macam 'nate'... tapi itu sebenarnya bahasa orang Kelantan bukannya mencarut," kongsinya.

Dalam pada itu, Sham juga menyangkal dakwaan filem arahannya itu ingin mengkritik lelaki Kelantan secara halus.

Sebaliknya percaya lelaki nakal mahupun jahat juga terdapat di negeri lain cuma jarang dijadikan diketengahkan.

DSC01572

Sham telah fikir panjang sebelum teruskan Janna Endoro.

"Saya rasa bukan semua lelaki Kelantan seperti itu, di negeri lain ada juga lelaki yang malas berkerja cuma tidak ditonjolkan dalam filem saja.

"Tiada kritikan sosial filem ini hanya sekadar hiburan semata-mata," jelasnya.

Filem ini mengisahkan Janna lakonan Trisha Ooi seorang isteri yang patuh dan taat kepada suaminya, Mat Dat (Pekin Ibarhim).

Suaminya seorang kaki baran, kerja tidak menentu, kaki lalok, berjudi dan berhutang sehinggakan suaminya menjadi buruan Ah Long.

DSC01522

Antara babak aksi yang dilakonkan sendiri oleh Trisha Ooi.

Walaupun Janna membantu menyara keluarganya, namun dirinya kerap menerima kekesaran rumah tangga oleh suaminya.

Lebih parah apabila suaminya juga berani menjual anak mereka demi membayar hutang.

Filem Janna Endoro turut menampilkan barisan pelakon seperti Mohd Asrulfaizal, Wan Hanafi Su, Josiah Hogan dan ramai lagi.

Janna Endoro bakal ditayangkan di seluruh Malaysia pada 22 Februari 2024.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain