SEMAKIN aktif dalam sukan berkuda sejak berkahwin, pelakon Datin Intan Najuwa mendedahkan aktiviti tersebut mengeratkan hubungan bersama suami iaitu Datuk Ahmad Azraf Azman. Bercakap mengenai hobi itu, Intan, 27, berkata, pada awalnya dia sekadar menemani suami yang sememangnya aktif dalam sukan tersebut namun mula jatuh cinta selepas mencuba menunggang kuda. "Sebenarnya suami saya memang aktif dalam sukan tersebut dan saya sering menemaninya. Kadang-kadang bosan juga dan sebab itu saya pun ikut menunggang sekali. Intan bersama salah satu kuda peliharaannya. "Lepas berkahwin baru saya betul-betul aktif sebab ada masa sikit untuk melakukan aktiviti sihat. "Sebelum berkahwin macam 'robot' juga sebab sibuk dengan penggambaran selain belajar," katanya kepada mStar. Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid berkongsi perkara itu ketika ditemui di Anugerah Telenovela ke-9 yang berlangsung pada Jumaat lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Suami buat kejutan hantar 2 buah trak kuda di New Zealand, netizen cemburu Intan Najuwa dilayan bak puteri raja ARTIKEL BERKAITAN: Dah siap nak tidur, Intan Najuwa gigih masuk dapur tengah malam masak ayam kicap untuk suami Sebagai menyokong minatnya, Azraf turut menghadiahkan seekor kuda untuk digunakan ketika melakukan aktiviti tersebut. Bagi menghargai hadiah itu, Intan akan memastikan dia menunggang kuda sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. "Aktiviti berkuda itu Alhamdulillah masih aktif. Seminggu dua atau tiga kali juga kami menunggang kuda. Untuk hubungan pun bagus juga kerana ia merapatkan kami. INTAN NAJUWA PELAKON "Dapat juga keluarkan peluh selain menghargai hadiah daripada suami," jelasnya. Selain itu pasangan tersebut turut mempunyai lima ekor kuda lain yang mempunyai nama dan kad pengenalan sendiri. Sementara itu, Intan memberitahu sukan berkuda dilihat banyak kelebihan dalam menjaga kesihatan mental selain dapat meluangkan masa bersama suami tersayang. Intan hargai hadiah daripada suami. "Dapat luangkan masa bersama suami dan ia bagus untuk kesihatan mental. "Untuk hubungan pun bagus juga kerana ia merapatkan kami. Bangun pagi sarapan bersama sebelum berkuda dan disebabkan itu kami teruskan aktiviti ini," ujarnya. Pada 18 Ogos lalu, Intan sah bergelar isteri kepadaAzraf dengan sekali lafaz yang diadakan di sebuah resort mewah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!