suria

Ibu pengkritik tegar Aina Abdul, mesej bertalu-talu masuk selepas subuh jika terpalit kontroversi

Ibu Aina sentiasa beri sokongan walaupun jarang hadir ke persembahan anaknya itu.

REZEKI semakin mencurah-curah selain memenangi pelbagai anugerah, penyanyi Aina Abdul percaya ia adalah asbab doa seorang ibu.

Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 31, berkata, syurganya itu adalah peminat nombor satunya walaupun tidak selalu bersamanya.

"Saya percaya ini semua berkat doa seorang ibu. Dia peminat nombor satu walaupun hanya selalu lihat saya dari jauh.

NP-111

Aina ketika ditemui media sejurus selepas memenangi kategori Lagu/Audio Tergempak 2023.

"Walaupun jarang bersama saya di mana-mana majlis tetapi dia selalu doakan saya," katanya kepada mStar.

Aina berkongsi perkara itu ketika ditemui di Gempak Most Wanted Awards di Putrajaya International Convention Centre (PICC) di Putrajaya, pada malam Ahad.

Penyanyi itu memenangi kategori Lagu/Audio Tergempak 2023 menerusi lagu Jangan Mati Rasa Itu.

Dalam pada itu, Aina memberitahu ibunya bukan sahaja peminatnya tetapi pengkritik setia sehinggakan sering menghantar pelbagai peringatan pada waktu subuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul ‘Diva Terulung’ KNKV Viral Award 2024, mahu kerja keras demi peminat

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat bimbang Aina Abdul banyak sangat ‘show’, minta fokus persediaan AJL38

Malah jika dia menggayakan pakaian tidak sesuai atau kelihatan pelik, wanita itu juga akan menjadi individu pertama mengkritiknya.

"Mak pengkritik tegar saya malah setiap kali selesai buat persembahan, keesokan harinya saya kena bersedia selepas waktu subuh.

"Sebab waktu itu mesej akan masuk bertalu-talu mengenai pelbagai peringatan seorang ibu untuk saya.

"Ibu saya seorang yang jujur malah dia turut tegur penampilan saya. Kalau macam pelik sangat pun dia tak suka," kongsinya.

NP-113

Kemunculan fesyen Aina di mana-mana upacara majlis sentiasa dinantikan peminat.

Sementara itu, Aina memberitahu sebagai anak dia juga berasa risau apabila ibunya membaca komen-komen negatif tentang dia di laman sosial.

“Kadang-kadang bila nama terpalit dengan kontroversi tak baik untuk mak saya. Walaupun mak saya tiada media sosial tapi dia tengok YouTube dan Astro.

“Dia akan baca semua komen yang dia nampak kemudian dia akan hadam perkara itu. Ia situasi yang merisaukan saya.

“Sebab komen saya dapat bukan semuanya indah, kadang-kadang komen itu komen yang pedas,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain