suria

Haliza Maysuri tak lokek berhabis RM3.5 juta untuk majlis resepsi anak lelaki, gaun menantu dihiasi hampir 200,000 batu Swarovski

Haliza dan menantu berhabis RM500,00 untuk majlis respsi.

TERUJA menyambut menantu pertama, pengasas jenama Bawal Exclusive Haliza Maysuri tidak lokek berbelanja RM3.5 juta untuk majlis resepsi anak sulungnya iaitu Zuhairi Syazwan.

Mana tidaknya, Haliza mengeluarkan belanja setengah juta hanya untuk busana dia dan menantu bagi memastikan penampilan mereka menyerlah pada majlis yang berlangsung di Hotel St Regis Kuala Lumpur pada malam Ahad.

Pada majlis itu, menantu Haliza iaitu Sarah mengenakan busana mewah rekaan Rizman Ruzaini yang dihiasi 189,936 biji batu-batuan Swarozvki yang dibawa khas dari Austria.

haliza 2

Sarah melaram dengan rekaan tiara satu-satunya di dunia.

Busana mewah itu menggabungkan lima jenis batu dan warna Swarovski yang bernilai RM300,000.

Penampilan Sarah turut diserikan dengan tiara Swarovski dengan 233 kristal lutsinar direka khas untuk acara Vienna Opera Ball yang merupakan acara tari menari terkemuka Austria.

Menurut Haliza, tiara itu sangat berharga kerana ia merupakan hadiah daripada pihak Swarovski khas buat menantu kesayangannya.

Kata Haliza, hanya dia memiliki tiara tersebut memandangkan ia bukan untuk dijual.

ARTIKEL BERKAITAN: “Siapa tak kenal Rizalman, why not?” - Busana suku juta Haliza Masyuri buat ramai ternganga, bertatahkan 83,900 batu Swarovski

ARTIKEL BERKAITAN: Jutawan tudung sedih kena ‘face shaming’, sensitif netizen hina ciptaan Allah... Tak paksa orang beli produk harga kayangan

"Tiara itu direka oleh Pengarah Kreatif Global Swarovski Giovanna Engelbert, inspirasi daripada perhiasan kekaisaran Austria dan perhiasan keluarga Mesmera Swarovski.

"Setiap potongan dibuat dengan teliti dari 233 kristal jernih. Batu kristal tiara itu diatur dengan elegan dan bersinar dengan setiap gerakan.

"Sebagai tradisi yang memiliki tempat ikonik dalam warisan Austria dan Swarovski, tiara ini menjadi simbol keahlian unik milik Austria dan sejarahnya yang berusia 129 tahun,” katanya.

Sementara itu, Haliza juga mengenakan busana mewah rekaan pereka Faizuluziaf yang dihiasi 72,000 biji batu-batuan Swarovski yang dibawa khas dari Austria bernilai RM170,000.00.

haliza

Haliza mengenakan busana bernilai RM170,000.00.

Busana Haliza juga diserikan dengan enam jenis saiz dan bentuk batu Swarovski malah fabriknya pula ditempah khas Eropah.

Malah perekanya telah menggunakan teknik ruching draping untuk menghasilkan cape dress tersebut selain menggabungkan tiga padanan warna.

Tidak hanya itu, busana mewah berkenaan juga mengambil tiga bulan untuk disiapkan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain