suria

Kerap bergandingan dengan aktres cantik, Syukri Yahaya tak terfikir curangi isteri - “Kami sudah ada 2 anak”

Shukri syukur netizen sentiasa ingatkan supaya jauhi pihak ketiga dalam hubungan rumah tangga.

SEJAK kebelakangan ini pelakon Shukri Yahaya banyak bergandingan dengan aktres wanita jelita dalam drama lakonannya sehingga menimbulkan rasa bimbang dalam kalangan peminat.

Pun begitu kata Shukri atau Mohd Shukri Yahaya, 36, perkara itu langsung tidak menjejaskan rumah tangganya bersama Tya Adnan malah tidak pernah terfikir bersikap curang terhadap isteri.

Sebaliknya, dia sentiasa menjaga batas pergaulan ketika berada di set penggambaran selain tidak terbawa-bawa watak lakonannya ke rumah.

NP-103

Shukri ketika ditemui di malam tayangan akhir episod drama siri Layang-Layang Perkahwinan.

"Saya dan isteri sudah kenal lama, kami sudah ada dua orang anak. Jadi saya tak pernah terfikir buat benda-benda macam itu (curang).

"Konsep saya senang... Selesai berlakon, habis terus! Saya tak ada nak terbawa-bawa watak dalam drama ke rumah," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sorok rutin harian, sentiasa lapor kepada isteri... Shukri Yahaya kongsi rahsia rumah tangga bahagia

ARTIKEL BERKAITAN: Babak tarik tangan Alya Iman dalam bilik air buat peminat kecewa, Shukri Yahaya mohon maaf

Shukri menjelaskan perkara itu ketika ditemui pada malam tayangan episod akhir Layang-Layang Perkahwinan yang diadakan baru-baru ini.

Dalam pada itu, Shukri menzahirkan rasa syukur apabila peminat sentiasa mendoakan hubungannya dengan isteri sentiasa diberkati dan dilindungi daripada sebarang anasir jahat.

NP-104

Shukri bergandingan bersama Ezzanie Jasny dan Alya Iman dalam drama Layang-Layang Perkahwinan.

"Bagi saya, bagus juga mereka (netizen) mengingatkan. Bukan saya seorang tapi sesiapa saja yang cuba jadi orang ketiga.

"Jangan usik Shukri Yahaya. Ada macam itu, bagus juga la," ujarnya.

Untuk rekod, Shukri mendirikan rumah tangga dengan Tya pada 20 November 2015 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aaira Ameena dan Maleeq Miqayl.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain