suria

Azhan Rani bakal tawan Island Peak di Nepal, mungkin terpaksa mendaki ketika bulan Ramadan

Azhan Rani bersemengat untuk menawan puncak Island Peak.

PELAKON Azhan Rani teruja bakal menawan puncak Gunung Island Peak atau Imja Tse yang terletak di Taman Negara Sagarmatha di selatan Nepal.

Azhan atau Azhan Abdul Rani, 48, berkata, pendakian setinggi 6,160 meter itu bakal menjadi pencapaian tertingginya selepas berjaya mendaki Gunung Kalapattar dan Everest Base Camp pada 2019.

Lebih mencabar kata aktor itu, pendakian ke puncak Imja Tse bukan sahaja diliputi salji tetapi dia bersama pasukannya berkemungkinan mendaki pada bulan Ramadan.

“Untuk rekod peribadi, ini gunung paling tinggi bakal saya daki selepas Gunung Kalapattar dan Everest Base Camp pada 2019.

WhatsApp Image 2024-02-25 at 6.21.52 PM (1)

Kesemua peserta berlepas ke Nepal pada petang Sabtu dari KLIA.

“Mungkin akan berpuasa di sana sebab ada perkara tak dapat dielakkan sebab slot pendakian perlu ditempah.

"Jika diikutkan sebelum kedatangan Ramadan misi ke puncak sudah selesai tapi kalau keadaan cuaca dan kesihatan tidak mengizinkan, ia mungkin ambil tempoh lebih lama," katanya kepada mStar.

Azhan berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis Flag Off yang diadakan di Anjung Tinjau, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada petang Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Kali keempat berjaya tawan Kinabalu, Azhan Rani diuji penyakit akut gunung

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau Allah tarik nyawa aku hari itu, mati katak!” - Azhan Rani alami nasib sama seperti Wafariena Roslan, 8 hari di hospital tiada wakil produksi datang ziarah

Seramai 13 orang peserta menyertai cabaran mengibar Jalur Gemilang di Banjaran Himalaya, Nepal bermula 25 Februari sehingga 13 Mac 2024.

Lima pendaki akan menawan puncak Gunung Island Peak manakala lapan lagi pendaki akan melengkapkan misi ke Everest Base Camp (EBC) setinggi 5,364 meter atau 17,598 kaki dari aras laut.

Program pendakian amal anjuran Summit Attack Resources (SAR) ini turut mendapat kerjasama Kelab Kembara Kosmopolitan ini merupakan cetusan idea Azhan sendiri.

Bercakap mengenai persiapan menawan puncak Imja Tse, Azhan memberitahu latihan sudah dimulakan sejak dua tahun lalu di sekitar Malaysia dan luar negara.

Kalau keadaan cuaca dan kesihatan tidak mengizinkan, ia mungkin ambil tempoh lebih lama.

AZHAN RANI

PELAKON

Azhan bagaimanapun memberitahu kekangan masa termasuk penggambaran membuatkan dia tidak dapat memberikan komitmen 100 peratus terhadap latihan.

“Saya ada buat latihan tapi tak banyak sangat sebab jadual padat dengan kerja dan kebatasan cuaca sebab banyak Gunung di Malaysia ditutup sebab hujan.

“Pasukan buat latihan tapi saya tak sempat pergi, tapi saya dapat menyertai beberapa siri latihan antaranya ke Gunung Hallasan di Pulau Jeju, Korea Selatan untuk cuba mendaki dalam keadaan bersalji.

“Kemudian ada latihan di Gunung Kinabalu hujung tahun lepas dan ada beberapa gunung di Malaysia yang sempat saya daki," ujarnya.

WhatsApp Image 2024-02-25 at 6.21.52 PM

Azhan bersama pendaki lain yang turut menyertai misi menawan puncak Island Peak.

Azhan turut memberitahu kos bagi seorang pendaki bagi misi kali ini mencecah RM25,000 setiap orang dan bersyukur mendapat pelbagai tajaan.

Misi ini juga bukan sekadar pencapaian peribadi, sebaliknya ada tujuan murni dalam membantu dana Persatuan Kebajikan Ahsana Kuala Lumpur.

"Bila bercakap tentang sukan mendaki, susah nak dapat sokongan tapi Alhamdulillah kami dapat beberapa tajaan walaupun bukan daripada syarikat besar.

"Kami juga ada buat tabung kutu sejak tahun lalu dan beberapa peratus daripada kos keseluruhan pendakian kami sumbangkan kepada sebuah badan kebajikan," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain