BERJAYA memiliki kereta mewah idamannya iaitu Mercedes Benz A180 baru-baru ini tidak membuatkan pelakon Ezzanie Jasny berasa selesa dengan pencapaian diri. Ezzanie atau Nur Ezzanie Sherazade Jasny, 26, sebaliknya mahu terus bekerja keras bagi mencapai beberapa impian lain termasuk memiliki rumah sendiri. “Saya nak ada rumah sendiri, sekarang belum lagi tapi tengoklah tahun depan Insya-Allah. Ezzanie ketika ditemui di tayangan episod akhir Layang-Layang Perkahwinan. “Setakat ni dah dapat apa yang saya nak, jadi saya kerja dulu simpan apa yang patut, kalau ada rezeki untuk saya miliki rumah saya cubalah,” katanya kepada mStar. Bercerita mengenai kereta idamannya, Ezzanie memberitahu kenderaan lamanya jenis Proton X50 diberikan kepada keluarga sebagai kegunaan harian. “Sebelum saya nak Proton X50 tu saya memang dah sasarkan nak beli Mercedes. Tapi banyak perkara saya kena lalui, jadi kereta X50 tu dulu yang saya dapat. ARTIKEL BERKAITAN: Impian 2024 sudah tercapai, Ezzanie Jasny berjaya beli Mercedes Benz A180 ARTIKEL BERKAITAN: Tak ‘fetish’ suami orang, Ezzanie Jasny elak cari keserasian dengan pelakon lelaki di luar set penggambaran “Sekarang ni saya bagi X50 tu pada keluarga saya dan saya gunakan Mercedes itu," jelasnya. Dalam pada itu, Ezzanie memberitahu selain berlakon dia juga akan memberi fokus kepada perniagaan kosmetik dan studio fotografi yang diusahakan. Katanya, dia bukan seorang wanita yang suka duduk diam sebaliknya lebih gemar bekerja dalam memastikan semua sasaran diimpikan tercapai. Ezzanie fokus perniagaan menjelang musim perayaan. “Bagi saya bila ada sesuatu yang berharga ia berikan saya motivasi untuk bekerja. “Saya kena kerja sebab saya jenis manusia tak boleh duduk diam, bukan sahaja berlakon tapi saya juga ada perniagaan studio fotografi yang saya uruskan. “Mungkin saya akan cuti sekejap daripada dunia lakonan untuk uruskan perniagaan,” ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!