suria

Tangan Thalia Mentor melecur kena kuah laksa, anggap penghapus dosa-dosa kecil

Tangan Thalia melecur gara-gara plastik bungkusan laksa meletup.

PENYANYI Thalia berdepan detik cemas apabila tangannya melecur selepas plastik bungkusan kuah laksa panas yang sedang dipegangnya tiba-tiba meletup.

Akibat kejadian itu, Thalia atau Ketty Natalia Rasul, 36, terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah klinik sebelum kembali meneruskan berniaga di sebuah festival makanan yang sedang berlangsung di Morib, Selangor.

Walaupun terpaksa menanggung kesakitan, Thalia reda dengan ujian yang disifatkan sebagai penghapus dosa-dosa kecil.

Perkongsian yang dimuat naik di Instagram milik Thalia.

Perkongsian yang dimuat naik di Instagram milik Thalia.

"Saya baru pulang dari klinik dan doktor beritahu kalau bekerja sudah bagi cuti sakit tapi saya tidak boleh sebab masih perlu berniaga.

"Hari ini ada tempahan laksa. Saya tidak mempunyai pekerja, semuanya saya sediakan sendiri. Jadi kena terus berniaga.

"Apa-apa pun jangan risau okay, ini ujian untuk hapuskan dosa-dosa kecil," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sesak nafas macam nak mati, Thalia sakit kena buatan orang... Akhirnya berjaya jejak kaki ke AS

ARTIKEL BERKAITAN: "Kau tak sesuai jadi juri, tak boleh menyanyi pun!" - Thalia Rasul persoal format ATNM, sekadar kejar ‘rating’

Thalia berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Dalam pada itu, bekas peserta program Mentor itu memberitahu terpaksa membalut bahagian pergelangan tangan yang melecur kerana bimbang terdapat kuman ketika menyediakan makanan.

Thalia turut melahirkan rasa terharu terhadap orang ramai yang mengambil berat tentang keadaannya.

Thalia tetap meneruskan perniagaan biarpun tangannya melecur.

Thalia tetap meneruskan perniagaan biarpun tangannya melecur.

"Hari ini saya buka kedai macam biasa di Pantai Morib untuk festival makanan. Walaupun semalam tangan melecur.

"Doktor tak bagi balut (kesan melecur) tetapi saya kan menjual makanan jadi takut terdedah pada kuman.

"Saya sudah menyapu iodin separuh tangan. Doakan urusan saya dipermudahkan," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain