PELAKON dan penerbit Fadzil Zahari berdepan detik cemas apabila anak perempuannya iaitu Aura Aisy Sofea cedera selepas kaki tersepit rim basikal. Fadzil atau Fadzil Bahari Zahari, 41, berkata dia segera membawa Sofea ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan doktor memaklumkan tiada kecederaan serius. "Kaki masuk dalam rim basikal. Saya berleter kepada dia (Sofea), awak nak jadi stunt girl ke? Fadzil sempat menenangkan Sofea (kiri) sewaktu di hospital. "Selesai pemeriksaan X-ray dan tidak ada bahagian yang patah jadi kami pulang semula ke rumah," katanya. Fadzil berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram pada petang Selasa. Suami kepada pelakon Yana Samsudin ini bagaimanapun memberitahu selepas tiga hari dia terpaksa membawa anaknya ke hospital semula selepas terdapat jangkitan kuman pada kaki. ARTIKEL BERKAITAN: "Duit tak dapat kawan pun hilang"... 10 tahun Fadzil Zahari tunggu rakan bayar hutang, media sosial dah kena sekat ARTIKEL BERKAITAN: Yana Samsudin selamat bersalin anak ketiga, terharu suami buat kejutan pakej berpantang "Selepas tiga hari, badan anak saya gatal-gatal ingatkan alahan ubat. Pukul 2 pagi saya membawanya semula ke hospital. "Doktor kata luka tersebut terkena jangkitan kuman dan perlu dimasukkan ke dalam wad untuk menerima rawatan," ujarnya. Menerusi perkongsian video yang dimuat naik, kejadian tersebut dipercayai berlaku di kampung halaman isterinya di Yong Peng, Johor. Dalam video itu, Fadzil dilihat menenangkan anaknya yang sedang menangis kesakitan dan memberi kata-kata semangat buat Sofea. Fadzil dan Yana baharu menyambut kelahiran cahaya mata keempat pada Januari lalu. Usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan daripada Fadzil tidak berjaya apabila panggilan yang dibuat tidak dijawab. Untuk rekod, Fadzil mendirikan rumah tangga dengan Yana atau Nurliana Samsudin, 40, pada 13 Februari 2015. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aisy Mateen, 8, Aura Aisy Sofea, 4 dan seorang bayi lelaki yang baharu dilahirkan pada Januari lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!