PERNAH melalui fasa sukar, pelawak Shuk Sahar memberitahu ramai rakan-rakan menjauhkan diri sejak dia berdepan pelbagai kontroversi rumah tangga sebelum ini. Namun ketika tempoh tersebut, Shuk atau Mohammad Shukri Mohammad Sahar, 38, berkata rakannya iaitu Shuib antara yang tampil memberikan bantuan. "Shuib antara orang yang banyak membantu. Dialah tempat saya mengadu ketika itu. Ebby juga sering menghubungi Shuk bertanya khabar. "Kita tahu Shuib seorang yang baik dan dia memang suka menderma," katanya. Shuk berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu dalam segmen Close Up Pagi On Point di stesen radio Kool 101 pada pagi Selasa. Ketika bercakap bersama penyampai Haiza dan Muaz, pelawak itu turut mendedahkan Shuib pernah meminjamkan dia wang sebanyak RM10,000. ARTIKEL BERKAITAN: Rekod program live tanpa kebenaran, karier penyampai radio Shuk Sahar ‘bungkus’ di hari raya pertama ARTIKEL BERKAITAN: Ingatkan serangan jantung, rupanya Shuk Sahar kena anxiety... “Tiba-tiba rasa macam nak mati” Selain Shuib, pelawak Ebby Yus juga sering bertanya khabar meskipun mereka sebelum ini sering berjumpa atas urusan kerja. "Saya jumpa Ebby ketika waktu kerja sahaja, kami pernah jalani penggambaran bersama, tetapi semasa saya tiada apa-apa dia yang selalu hubungi. "Ada ketika dia minta pembantu peribadinya dapatkan nombor akaun saya dan masukkam duit ke dalam bank," jelasnya. Kawan-kawan mula menjauh ketika Shuk dilanda kontroversi. Apa lebih menyedihkan apabila ada kenalan yang mula menjauhi diri dan isteri mereka melarang berkawan kerana kontroversi itu. "Ada juga kawan-kawan yang tak diizinkan berkawan dengan saya oleh isteri mereka. "Bila saya hubungi rasa macam nombor kena block,” jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!