suria

Banjir jadi asbab, impian Reen Rahim hadiahkan ibu dan ayah rumah akhirnya tercapai

Impian Reen tercapai untuk bina rumah buat ibu bapa.

SELEPAS sekian lama menyimpan hasrat, pelakon Reen Rahim akhirnya boleh tersenyum bangga apabila berjaya menghadiahkan sebuah rumah untuk didiami oleh ibu dan bapanya.

Berkongsi kisah tersebut, Reen atau Noreen Ashikin Abdul Rahim, 36, berkata kejadian banjir yang berlaku di rumah ibu bapanya menjadi sebab dia mendirikan sebuah kediaman baharu.

Malah dia yang sudah memiliki rumah sendiri juga mengakui tidak berasa tenang sebelum ini kerana masih belum mampu membuatkan orang tuanya bahagia.

reen rahim 2

Reaksi gembira dan terharu ibu bapa Reen masuk rumah baharu.

"Sudah besar dan bekerja, saya dah siapkan rumah cantik dan selesa untuk saya seperti dalam majalah yang pernah saya tengok sebelum ini. Tetapi pelik, dah ada semua itu hati tetap tidak tenang.

"Saya berdoa dan bertanya apa yang saya terlepas pandang. Satu hari Allah jadikan asbab rumah ibu banjir dan pokok tumbang.

"Rupa-rupanya itu petanda yang Allah sampaikan. Buat saya sedar bahawa kebahagiaan bukan tentang diri sendiri. Bahagia akan datang apabila kita bahagiakan orang yang disayangi," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Reen Rahim ‘out station’, suami pesan simpan perangai ‘jantan’ di tempat orang - “Jangan nak bantai orang jer”

ARTIKEL BERKAITAN: Reen Rahim menangis, tak boleh tidur kerana lapar... “Adakah semua perempuan macam ni?”

Reen menulis perkara tersebut di laman Instagram miliknya berserta video dia menjejakkan kaki ke rumah berkenaan selepas siap dibina dengan rekaan dalaman yang cukup indah.

Menerusi video berkenaan kelihatan ibunya juga turut mengalirkan air mata apabila Reen sendiri menyerahkan kunci buat mereka.

Tambah Reen, rumah berkenaan juga merupakan hadiah buat kedua ibu bapanya menikmati hari tua mereka.

reen rahim 3

Reen meraikan kegembiraan masuk rumah baharu bersama bapanya.

"Saya niat buat cantik-cantik, nak ibu bapa duduk rumah ini tempat pulang kami adik-beradik. Saya mahu rumah ini jadi tempat ayah dan ibu rehat menikmati hari tua.

"Jangan persoal kenapa saya buat sehabis baik, macam mahu duduk di sini sedangkan saya akan tetap tinggal di rumah lama," ujarnya.

Dalam masa sama pelakon ini turut berkongsi nasihat agar terus berusaha mengejar impian dan sentiasa berdoa untuk merealisasikannya.

"Untuk saya yang membesar secara sederhana dan tidak mewah, ini adalah hadiah dari Allah yang sangat berharga buat saya dan keluarga.

"Jangan abaikan mimpi yang lalu dalam kepala dan hati. Pegang dan bawa sampai kita capai," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain