suria

Dah siap-siap beli hadiah sebelum jemput di sekolah, Fizi Ali terlalu gembira akhirnya dapat peluk Ameena

Fizi gembira dapat berjumpa Ameena.

PENYAMPAI radio Hot FM iaitu Fizi Ali dilihat tersenyum gembira akhirnya dapat memeluk anaknya iaitu Ameena Sofia selepas lebih tiga bulan tidak bertemu.

Meluahkan rasa syukur, Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 35, memberitahu dia tidak dapat menahan air mata tatkala menjemput anaknya itu di sekolah pada Jumaat.

"Tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan bila dapat berjumpa anak. Rasanya terlalu gembira. Saya pun sudah siap beli hadiah sebelum menjemput dia di sekolah tengah hari tadi (Jumaat).

fizi ali 3

Fizi mahu bawa Ameena melakukan aktiviti riadah.

"Dari atas tangga sekolah dia sudah jerit panggil 'daddy'. Kami berpelukan ketika berjumpa dan ketika itu air mata dah mula bergenang tetapi saya tahan agar tidak menangis," katanya ketika dihubungi mStar.

Fizi sebelum itu turut berkongsi gambar bersama Ameena selepas mereka menikmati aiskrim atas permintaan anaknya itu.

Kata Fizi, dia juga merancang mahu membawa Ameena berjumpa nenek dan datuknya kerana terlalu rindu selepas sekian lama tidak bertemu.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Selepas 3 bulan terpisah, Fizi Ali akhirnya dapat jumpa anak 4 hari

ARTIKEL BERKAITAN: Shakilla Khoriri enggan perbalahan berpanjangan, gembira anak bakal bertemu Fizi Ali 1 Mac - “Lagi cepat ambil pun tak mengapa”

"Malam ini saya akan bawa Ameena untuk jumpa ibu bapa saya. Mereka semua sudah rindu. Kami juga sudah rancang pelbagai aktiviti sepanjang tempoh empat hari ini.

"Ameena pun sudah mula menyebut banyak perkara untuk dia buat. Jadi sepanjang tempoh ini saya cuba lakukan sesuatu yang buat kami gembira.

"Pada mulanya nak ke taman tema air, namun disebabkan cuaca tidak menentu rasanya lebih baik tukar perancangan," ujarnya.

Jadi sepanjang tempoh ini saya cuba lakukan sesuatu yang buat kami gembira

FIZI ALI

PENYAMPAI RADIO

Fizi sebelum ini dibenarkan untuk bertemu Ameena meskipun sebutan kes hadanah bersama bekas isteri iaitu Shakilla Khoriri masih belum selesai.

Meskipun hanya diberi kebenaran selama empat hari, Fizi menganggap ia satu hadiah yang cukup bermakna.

"Kalau boleh saya tidak mahu bercakap tentang apa yang berlaku sebelum ini kepada Ameena. Biarlah kami menikmati waktu sekarang dan tidak mahu menggangu emosi dia dengan perkara yang tidak sepatutnya.

fizi ali 2

Shakilla dan Fizi capai persetujuan dalam hak berjumpa anak.

"Sebelum ini dengan inisiatif peguam, saya dapat berjumpa Ameena untuk tempoh empat hari. Selepas ini kalau mahu berjumpa saya perlu minta kebenaran lain sehingga keputusan kes hadanah di tetapkan," jelasnya.

Fizi dan Shakilla sebelum ini mencapai persetujuan berhubung tempoh pertemuan kali ini dalam sebutan kes hadanah mereka yang kini masih dalam proses perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, baru-baru ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain