suria

Anak Shila Amzah masuk hospital akibat jangkitan paru-paru

Shila dan Ubai mohon doa untuk kesembuhan Seth.

ANAK kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Seth Uwais dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Seri Kembangan, Selangor akibat bronkitis atau jangkitan pada paru-paru sejak Khamis lalu.

Suami Shila iaitu Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 26, memberitahu Seth terpaksa dibawa ke hospital kerana keadaan kesihatan semakin merosot selepas pulang dari sekolah.

"Semalam (Khamis) sewaktu Seth ke sekolah keadaannya baik-baik sahaja tetapi lepas habis habis waktu persekolahan saya nampak kondisinya seperti tidak baik.

Ubai memaklumkan keadaan kesihatan terkini anak tirinya.

Ubai memaklumkan keadaan kesihatan terkini anak tirinya.

"Dia jalan seperti bengkang-bengkok dan tidak sihat. Kami sudah membawanya ke klinik dan dia okay sikit cuma bila menjelang petang badannya menggigil," katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

Berkongsi perkembangan terkini, Ubai memberitahu Seth mula menunjukkan tanda positif dan semakin baik.

Seth bagaimanapun masih memerlukan rawatan di hospital sehingga keadaan kesihatannya benar-benar pulih.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hamil anak kedua berbeza, Shila Amzah dilayan bak puteri... Ubai pun berdepan 'morning sickness'

ARTIKEL BERKAITAN: Ubai baru tahu Shila Amzah superstar, terkejut konsert di Macau 'full house'!

"Doktor mengesahkan Seth mengalami jangkitan paru-paru atau bronkitis dan suhu badan pun meningkat sehingga 39 darjah celcius. Tapi Alhamdulillah sehingga hari ini (Jumaat) keadaan dia semakin baik.

"Cuma dia masih perlu dirawat di hospital dan paling cepat untuk pulang ke rumah pada Ahad ni," ujarnya.

Dalam pada itu, Ubai dan Shila memohon turut orang ramai untuk mendoakan kesihatan anak mereka.

Malah Shila juga bimbang dengan keadaan anaknya itu memandangkan dia perlu menyelesaikan komitmen kerja dan terlibat untuk persembahan di Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) Ahad ini.

"Kami pun sekarang agak sibuk, minggu depan perlu ke Sabah untuk urusan kerja. Shila pula sibuk dengan persiapan persembahan di AJL Ahad ini.

"Jadi kami perlu mainkan peranan penting untuk menjaga Seth selain melaksanakan tugasan hakiki. Kami berharap agar orang ramai juga dapat mendoakan kesembuhan Seth," katanya.

Shila dan Ubai mendirikan rumah tangga pada Ogos tahun lalu.

Shila dan Ubai mendirikan rumah tangga pada Ogos tahun lalu.

Untuk rekod, Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 34, mendirikan rumah tangga dengan Ubai pada 4 Ogos tahun lalu.

Sebelum itu, Shila berkahwin dengan Haris Edraki pada 2018 namun hubungan mereka berakhir dengan penceraian.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Seth Uwais yang kini berusia lima tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain