HAMPIR setahun tidak menerima sebarang tawaran berlakon, aktres Syanie memberitahu ada ketika dia juga merasa kecewa dengan sikap penerbit dan stesen televisyen yang terlalu memilih dalam senarai pelakon. Reda dengan nasib yang dilalui, Syanie atau Syaniza Hisham, 50, menegaskan dia tidak pernah meletakkan kata putus untuk berhenti dari dunia seni. "Kali terakhir saya terlibat dengan penggambaran adalah pada bulan Ramadan tahun lalu. Sejak awal tahun 2024 pun masih belum ada yang panggil untuk berlakon. Syanie luah rasa kecewa kerana sikap memilih stesen televisyen. "Tidak tahu mana silapnya... mungkin stesen televisyen terlalu memilih pelakon yang banyak pengikut media sosial. Kadang-kala saya pun tertanya-tanya apakah kriteria yang dicari untuk berlakon. "Ada juga rasa kecewa bila perkara sebegini berlaku. Namun saya tidak pernah kata untuk berhenti berlakon," katanya kepada mStar. Syanie ditemui ketika terlibat dalam acara Fiesta Perkesa Membawa Senyuman yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini. ARTIKEL BERKAITAN: “Itu harga saya... You nak ambil!” - Syanie tegas soal bayaran, tak adil pelakon veteran kena ikut jumlah ‘followers’ ARTIKEL BERKAITAN: “Ada yang rindu ke?”- Azar Azmi muncul selepas 2 tahun hilang, netizen puji tetap cantik Tambah Syanie disebabkan jarang muncul dalam mana-mana drama atau filem baharu, ramai peminat yang menyangka dia sudah tidak berminat atau merajuk dengan industri seni. Baginya tiada istilah sebagitu dan sebagai seorang yang sudah lama berkecimpung dalam industri, Syanie pastinya tidak akan meninggalkan kerjaya ini. "Ketika mengadakan sesi siaran langsung di media sosial atau terlibat dalam mana-mana program jualan ramai yang menegur dan sangka saya sudah tidak mahu berlakon. Mungkin drama saya tidak banyak di televisyen. Tidak pernah pun saya merajuk dengan industri SYANIE PELAKON "Saya sentiasa percaya pada rezeki. Kalau ia sudah ditetapkan untuk saya, walau bagaimana sekalipun pasti akan dapat. "Tidak pernah pun saya merajuk dengan industri. Sudah hampir 33 tahun berlakon, tak mungkin saya nak tinggalkan kerjaya ini," ujarnya. Sementara itu aktres ini juga memberitahu dia kini lebih memberi fokus kepada perniagaan jualan makanan yang diusahakan sendiri. Syanie aktif mengusahakan perniagaan makanan. "Saya berniaga produk makanan dan semuanya saya buat sendiri. Bagi saya kalau menjual makanan rasanya perlu sedap seperti mana hidangan di rumah. "Jadi sebab itu saya lebih gemar berniaga produk sendiri dan tidak hanya membuka gerai jualan dengan produk orang lain," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!