PENGALAMAN menjalani penggambaran drama Perempuan Itu sekitar dua tahun lalu menyedarkan Amar Asyraf bahawa lakonan bukan lagi jiwanya. Amar atau Amar Asyraf Zailuddin, 38, berkata, babak dia seolah-olah memegang bahu heroin drama tersebut iaitu Mimi Lana membuatkan dia diselubungi rasa bersalah. Jelas Amar, dia sedar apa dilakukan adalah satu kesalahan dan mahu berubah dan tidak mengulangi kesilapan sama. "Saya memang sudah berhenti berlakon, drama terakhir saya adalah pada 2021 dan tawaran diterima selepas itu saya tolak sebab nekad mahu tinggalkan dunia seni. Babak drama Perempuan Itu memberi kesan mendalam buat Amar. "Menerusi drama terakhir saya ada babak seolah-olah saya pegang bahu Mimi Lana dan walaupun tidak bersentuhan tapi saya betul-betul rasa bersalah. "Memang sebelum ini saya ada berlakon bersentuhan dan berpelukan dengan pelakon wanita tetapi sekarang saya mahu berubah," katanya kepada mStar. Amar ditemui ketika hadir sebagai tetamu di majlis pembukaan Gudang Karpet Al Aqsa milik pelakon Dazrin Kamarudin yang berlangsung di Shah Alam pada Ahad. ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya Amar Asyraf buka mulut dakwaan dah kahwin kali ketiga... Ikut saranan ulama jaga privasi rumah tangga ARTIKEL BERKAITAN: Amar Asyraf timang cahaya mata ketiga, beri nama Ammara Fateema... “Semoga jadi anak solehah asbab masuk syurga” Dalam pada itu, Amar tidak menafikan penghijrahannya mendalami ilmu agama turut membuatkan dia bulat hati dengan keputusan tersebut. Tambah Amar bukan hanya sebagai pelakon, malah dia juga menolak sebarang tawaran program televisyen yang memerlukan dia muncul di hadapan kamera. "Penghijrahan saya juga antara faktor membuat keputusan ini. Saya rasa tidak selesa untuk berlakon, jadi lebih baik tidak lagi menerima sebarang tawaran. Sekarang saya lebih tenang dan gembira. AMAR ASYRAF PELAKON & USAHAWAN "Kalau ada program TV pun mungkin saya hanya terlibat sebagai penaja sahaja. Tak mahu lagi kerja depan kamera," jelasnya. Berkongsi mengenai perkembangan diri, Amar berkata, dia kini memberi fokus kepada perniagaan sedang diusahakan. Selain itu, dia masih menyalurkan kreativiti dunia seni menerusi kandungan media sosial sebagai salah satu kaedah mempromosikan perniagaan. Amar berkongsi kreativiti di sosial media. "Saya masih boleh terus berkarya menerusi video yang dimuat naik di sosial media dan sebab itu buat masa sekarang saya tidak pernah rasa rindu terhadap dunia lakonan. "Penglibatan dalam industri seni sebelum ini membantu saya untuk salurkan kreativiti. "Sekarang saya lebih tenang dan gembira... Kehidupan lebih sederhana tanpa perlu fikir soal penampilan malah nak makan di mana-mana pun tiada masalah," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!