suria

[V] Ernie Zakri saingan hebat kategori vokal AJL38, ketua juri perjelas kemenangan ‘Hasrat’

Ernie (kanan) dan Aida masing-masing memberi persembahan bertenaga di pentas AJL38.

PENYANYI Ernie Zakri menjadi pesaing terdekat buat Aina Abdul yang mengungguli kategori Vokal Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) yang berlangsung pada malam Ahad.

Ketua juri AJL38, Datuk Mokhzani Ismail berkata, Ernie dan Aina berjaya menyampaikan lagu mereka dengan baik menerusi cara berbeza namun tidak menjejaskan rakaman asal.

"Ernie seorang penyanyi yang baik namun apabila menyampaikan lagu sebegitu dia ada had dalam persembahan. Dia bersaing rapat dengan Aina dan kedua-dua mengupas lagu bagi memberi kelainan.

mokhzani 1

Mokhzani (kiri) turut memuji kekuatan vokal Aisha.

"Saya tidak rasa Ernie kalah. Dia juga pernah menang vokal terbaik. Bagi saya dia seorang penyanyi dan penulis lirik berbakat," katanya kepada mStar.

Mokhzani juga mendedahkan jurang markah antara Ernie dan Aina amat tipis namun persembahan lagu Jangan Mati Rasa Itu (Aina) mempunyai kelebih tersendiri.

Dia juga memberitahu penyanyi Aisha Retno yang bersaing dengan lagu Sutera berada di kedudukan ketiga dari segi vokal.

ARTIKEL BERKAITAN: Amir Jahari juara AJL38, Aina Abdul pertahan trofi Vokal Terbaik

ARTIKEL BERKAITAN: Aisha Retno diserang anxiety selepas AJL38, kongsi pengalaman ditarik 30 kaki ke udara

Mengulas tentang persembahan Aina, kata Mokhzani konsistensi dalam persembahan melayakkan penyanyi itu untuk sekali lagi membawa pulang trofi berkenaan untuk tiga tahun berturut-turut.

"Aina kaji lagu itu, dia masukkan suntikan baru. Dia ada tenaga yang konsisten sepanjang membuat persembahan. Tidak mudah membawakan vokal dalam pelbagai nota berbeza.

"Persembahan Aina tidak lari dari gubahan asal," jelasnya.

Saya tidak rasa Ernie kalah

DATUK MOKHZANI ISMAIL

PENGARAH MUZIK

Pada acara yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil itu, Aina membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 selain RM30,000 untuk kemenangan tempat ketiga AJL38.

Bercakap tentang kriteria pemilihan juara, Mokhzani menafikan barisan juri telah membuat senarai awal sebelum AJL38 disiarkan secara langsung.

Lagu Hasrat nyanyi Amir Jahari baginya merupakan karya berkualiti dan keputusan pada malam itu dipersetujui semua juri.

ajl amir jahari 1

Lagu ciptaan Amir ungguli AJL38.

"Tidak ada penjurian ketika sesi pra dengar. Juri hanya dengar awal untuk faham struktur lagu kerana pelbagai genre dipertandingkan di atas satu pentas.

"Apabila menjuri kami mendengar dan melihat. Dari awal kita sudah dapat rasakan sesuatu pada lagu Hasrat. Lagu ini senang dinyanyikan tetapi dalam kedudukan melodi serta lirik yang terbaik," jelasnya.

Amir yang juga merupakan penulis dan komposer lagu berkenaan membawa pulang wang tunai RM100,000 berserta trofi sebagai juara AJL38.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain