suria

Keputusan berhenti berlakon tepat, Fyza Kadir sedar diri tiada bakat

Fyza akui dirinya tidak pandai berlakon sejak dari awal.

IKON fesyen Fyza Kadir menyifatkan keputusannya meninggalkan dunia lakonan sebelum ini sebagai langkah tepat.

Fyza atau Norhafezzah A. Kadir, 38, berkata, selepas setahun bergelar pelakon dia sedar langsung tidak mempunyai bakat dalam bidang tersebut dan hanya melakukannya kerana mendapat kepercayaan penerbit Mejar (K) Datuk David Teo.

Imbau Fyza, hampir setiap kali menyelesaikan sesuatu babak dia akan menangis kerana tidak dapat memberikan yang terbaik.

fyza

Fyza akui seorang pemalu ketika sedang berlakon.

"Saya cuba sebab David puji saya ada rupa dan boleh 'jual', ketika itu saya fikir tak salah mencuba dan mula menyedari saya tiada bakat berlakon.

"Setiap kali menyelesaikan sesuatu babak saya mesti menangis. Ia sangat sukar. Saya jadi sedih sebab tak mampu berikan yang terbaik.

"Jadi saya rasa cukup setakat itu tambahan pula saya ini pemalu dan suara pun tak keluar," katanya kepada mStar.

Fyza memberitahu perkara itu ketika ditemui pada sidang media Raya Ariani 1,001 Tales yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah tiba masa sumbang bakat pada agama, Tyzo sertai IKIM FM bermula 11 Mac

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta dilanggar penunggang motosikal, pemuda minta bergambar selepas sedar Shakilla Khoriri artis - “Nasib mood baik”

Dalam pada itu, Fyza yang pernah bernaung di bawah pengurusan MIG memberitahu sejak awal dia sudah memberitahu David dia tidak pandai berlakon.

"Ada orang beri nama saya kepada David dan beliau panggil saya datang ke pejabatnya tapi awal-awal lagi saya sudah maklumkan yang saya memang tak pandai berlakon.

"Tapi sehari selepas pertemuan kami, saya sudah dapat tawaran berlakon. Tak sangka pula sampai dapat tawaran back to back.

"Ketika itu saya fikir apa nak jadi dengan saya. Keputusan sudah dibuat jadi saya kena teruskan juga," jelasnya.

fyza 3

Fyza mahu beri fokus kepada rumah tangga.

Sementara itu, Fyza memberitahu keputusan berhenti berlakon juga tepat kerana dia ingin memberi fokus kepada rumah tangga selepas berkahwin dengan Ahmad Feruz Zainal Abidin, 43, pada 2013.

Walaupun suami tidak menghalang dia meneruskan karier seni namun sebagai isteri dia sendiri sedar keutamaan selepas berkahwin.

"Suami tidak pernah menghalang untuk saya meneruskan kerjaya dalam bidang lakonan.

"Namun saya sendiri sedar saya tiada bakat berlakon dan mengambil keputusan tepat untuk menumpukan perhatian sepenuhnya kepada keluarga," katanya.

Untuk rekod, Fyza pernah membintangi beberapa buah filem popular termasuk Nongkrong, Ajiboy, Pe3 dan Senario Ops Pocot.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain