suria

Kongsi pandangan isu Marissa dan Aslam, netizen setuju Abang Tesla matang layak poligami

Komen Abang Tesla terhadap Misya menerima perhatian ramai.

PERSONALITI media sosial Abang Tesla tidak bersetuju dengan tindakan Ahmad Aslam membiarkan isteri pertama iaitu Misya Mazlan menjalani sesi fotografi raya seorang diri.

Kata Abang Tesla atau Muhammad Khal Iltizam Yusry, 29, tindakan Aslam menjayakan sesi photoshoot bersama Marissa Dania dan bukannya isteri pertama adalah tidak wajar.

"Saya malas nak komen tetapi kalau lihat semula isteri nombor satu dia (Aslam) pergi shooting seorang diri.

"Saya rasa tidak patut sebab itu saya pernah cakap isteri pertama untuk dihargai. Saya hargai isteri saya," katanya.

Abang Tesla menegaskan isteri pertama untuk dihargai.

Abang Tesla menegaskan isteri pertama untuk dihargai.

Abang Tesla berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok miliknya.

Dalam rakaman video itu, isteri pertama kepada Abang Tesla iaitu Nurmajdina Jamari bertanya pendapat suaminya berhubung video promosi pakaian raya tersebut.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen nampaknya menyebelahi Abang Tesla dengan menyifatkan lelaki itu sebagai seorang yang matang.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai tunggu jatuh tapi syukur rezeki Abang Tesla mencurah-curah... Terima banyak DM mahu jadi isteri ketiga

ARTIKEL BERKAITAN: Berhenti hisap vape sebab isteri sedang hamil, Abang Tesla kongsi kalau ada berita gembira

Malah ramai yang memuji Abang Tesla kerana menjaga hati isteri-isterinya dengan baik.

"Masa ini baru saya sedar Abang Tesla ini matang. Terima kasih sebab jaga hati Kak Maj (isteri pertama).

"Baru nampak Abang Tesla orang yang layak berpoligami sebab kahwin dalam Malaysia," tulis netizen.

Sebelum ini, tular di media sosial beberapa video memaparkan anak kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim dan Aslam bergandingan bersama dalam sebuah penggambaran foto.

Pasangan tersebut dilihat menggayakan busana berwarna hitam dan dipercayai merupakan model bagi satu jenama pakaian tempatan.

Abang Tesla menerima pujian pandai menjaga hati isteri.

Abang Tesla menerima pujian pandai menjaga hati isteri.

Bagaimanapun, kakak kepada Misya iaitu Nadiah Mazlan tampil menyelar tindakan jenama pakaian tersebut kerana didakwa mengambil kesempatan melakukan teknik pemasaran di atas kemelut rumah tangga adiknya itu.

Pada Ogos 2023, Abang Tesla turut menjadi bualan hangat netizen selepas memuat naik video mengumumkan dirinya sudah berkahwin dua.

Bagaimanapun, perkahwinan keduanya itu mendapat restu isteri pertama iaitu Nurmajdina.

Lebih membuatkan isu ini hangat apabila Khal mengeluarkan kenyataan isteri pertama untuk dihargai dan isteri kedua untuk dicintai.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain