suria

Usia 55 tahun Arash Mohd masih steady, makan nasi sekali seminggu cara jaga kesihatan

Arash kawal pemakanan demi menjaga kesihatan.

HANYA makan nasi seminggu sekali antara petua pelakon Arash Mohd mengekalkan bentuk badan ideal pada usianya yang sudah mencecah 55 tahun.

Arash berkata, dia juga tidak mengambil minuman berkarbonat serta makan segera sejak negara diletakkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19 melanda dunia.

"Dulu minuman bergas memang kegemaran sebab saya aktif berbasikal dan joging, saya minum air berkarbonat untuk mendapatkan kembali tenaga.

size NP 1 (46)

Arash sudah tidak ambil minuman bergas untuk kekal sihat.

"Tapi ketika Covid-19 menyerang, saya mula mengubah tabiat pemakanan dan sudah beberapa tahun tak sentuh air bergas selain makan nasi seminggu sekali.

"Makanan segera pun kurang, selepas isu boikot ini lagilah saya tak jejak langsung," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Arash berkata, kini dia mengamalkan minum susu bagi mengawal tahap kolesterol selain pisang yang baik untuk penghadaman.

ARTIKEL BERKAITAN: Makin tua makin menjadi... Arash Mohd tergagap disamakan dengan Richard Gere - “Saya malu, belum sampai tahap tu lagi”

ARTIKEL BERKAITAN: Arash Mohd Masih Popular Walaupun Jarang Muncul Di Akhbar

Selain menjaga pemakanan, Arash memberitahu dia juga aktif bersenam bagi menyeimbangkan diet dilakukan.

"Saya ambil susu untuk menjaga kolesterol selain mengamalkan makan pisang untuk memudahkan proses penghadaman.

"Nasi pun saya kurangkan seminggu sekali sahaja. Kalau di set penggambaran pun biasanya saya hanya meratah lauk.

sekarang dah bertahun-tahun tak ambil air bergas

ARASH MOHD

PELAKON

"Macam saya tidak ke gim tapi kerap bersenam di rumah seperti melakukan tekan tubi dan senaman ringan lain," ujarnya.

Pelakon drama Layang-Layang Perkahwinan ini memberitahu dia bersyukur pada usia sekarang dia tidak menghidap sebarang jenis penyakit kronik.

Bagaimanapun peningkatan usia sedikit sebanyak menjejaskan tenaga di set penggambaran namun menganggap ia perkara biasa.

size NP 1 (48)

Arash amalkan sit up dan tekan tubi di rumah.

"Apa saya mahukan dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat teruskan karier sebagai pelakon.

"Tenaga semakin kurang itu perkara biasa sebab sudah meningkat usia. Kalau dulu 12 tengah malam masih aktif lagi tapi sekarang 10 malam sudah lembik di set penggambaran.

"Soal penyakit Alhamdulillah tiada penyakit apa-apa cuma sakit sendi itu normal," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain