suria

[V] Bawa haluan masing-masing, Ezzanie Jasny sudah putus hubungan dengan Noki

PELAKON Ezzanie Jasny menjelaskan hubungannya dengan penyanyi Noki sudah tidak lagi rapat seperti dahulu.

Kata Ezzanie atau Nur Ezzanie Sherazade Jasny, 25, mereka sudah tidak berhubung dan selesa membawa haluan masing-masing.

“Apa yang saya boleh katakan dia (Noki) pernah jadi kawan baik. Kami tidak lagi berhubung sekarang,” katanya kepada mStar.

1501533

Ezzanie mengakui hubungannya dengan Noki sudah tidak rapat.

Ezzanie ditemui ketika majlis sidang media pelancaran drama-drama TV3 Rara Macam Dulu-Dulu sempena sambutan Ramadan dan Syawal kali ini.

Meskipun sudah tidak berhubung, pelakon ini berkata antara mereka tiada sebarang perselisihan faham.

“Kami tidak lagi keluar bersama. Mungkin lebih selesa untuk fokus bawa haluan masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: Heboh gosip bercinta, Noki tampil ulas status hubungan dengan Ezzanie Jasny

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Noki rakan sekepala Ezzanie Jasny, tak bercinta tapi sedang kenal hati budi

“Sebelum ini pun seperti yang pernah saya katakan kami hanya berkawan sahaja. Saya pun tidak mahu komen pernah mengharap untuk rapat dalam hubungan serius atau tidak,” ujarnya.

Sebelum ini hubungan akrab Ezzanie dan Noki mula menjadi perhatian ramai selepas mereka dilihat sering meluangkan masa bersama.

Malah selepas Noki pulang mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini, penyanyi itu turut menghadiahkan sehelai sejadah bersulam nama Ezzanie.

Bagaimanapun dalam temu bual bersama media, Ezzanie dan Noki enggan mengesahkan mereka sedang bercinta.

ezzani43 - 1

Ezzanie didakwa sedang akrab dengan Keith.

Namun, kebelakangan ini timbul pula dakwaan kononnya Ezzanie kini akrab dengan pelakon Keith Foo.

Menjelaskan hal tersebut, Ezzanie berkara hubungan mereka hanya sekadar pasangan dalam drama Layang-Layang Perkahwinan.

“Kami hanya berlakon sama. Tidak pernah keluar berdua,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain