suria

Vokal kedengaran ‘penat’ di AJL38, Dayang Nurfaizah anggap perkara normal... “Ada harinya tak okey”

Dayang 3

PENYANYI Dayang Nurfaizah menegaskan dia hanya manusia biasa yang tidak lepas melakukan kesilapan apabila persembahannya di Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) pada malam Ahad lalu mendapat kritikan peminat.

Dayang atau Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 42, menyifatkan gangguan pada vokal adalah perkara normal buat penyanyi sepertinya dan keadaan itu malangnya berlaku pada acara besar seperti AJL.

Apatah lagi kata Dayang apabila seseorang penyanyi itu banyak menggunakan suara atau mengalami perasaan gementar yang memberi kesan kepada kualiti vokal.

Dayang 1

Dayang berterima kasih kepada peminat yang mengambil berat tentang dirinya.

"Saya juga manusia biasa, walaupun sudah berpengalaman menyanyi berpuluh tahun tetapi akan ada harinya jadi tidak okey dan situasi itu berlaku pada malam AJL tempoh hari.

"Setiap penyanyi pasti ingin memberikan persembahan terbaik. Jujurnya saya juga ada rasa bimbang namun Alhamdulillah suara saya tiada masalah," katanya kepada mStar.

Dayang menjelaskan perkara itu ketika ditemui pada sidang media By Ajai and Friends yang diadakan pada petang Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dayang Nurfaizah bukan obses mahu kurus, badan langsing sebab jaga pemakanan

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau boleh esok nak kahwin” - Dayang Nurfaizah dah lali ditanya soal jodoh, tak letak kriteria calon suami

Dalam pada itu, Dayang memberitahu sebagai penyanyi dia peka dengan keadaan vokalnya malah ada mendapatkan rawatan dan nasihat pakar bagi memastikan suaranya berada di tahap baik.

Malah Dayang turut berterima kasih kepada peminat yang mengambil berat dan bimbang tentang keadaan vokalnya.

"Vokal ini macam otot, kalau terlebih guna akan terjejas namun saya akan kawal dengan berjumpa doktor.

Vokal ini macam otot, kalau terlebih guna akan terjejas.

DAYANG NURFAIZAH

PENYANYI

"Alhamdulillah setakat ini keadaan suara saya tidak terjejas dan terima kasih kepada peminat yang mengambil berat," ujarnya.

Peminat sebelum ini meluahkan rasa bimbang dengan kualiti vokal Dayang yang disifatkan kedengaran 'penat' tidak seperti kebiasaan.

Malah ramai beranggapan pemenang tiga kali kategori Vokal Terbaik AJL itu merosot disebabkan faktor usia dan terlalu kerap mengadakan persembahan pentas.

Dayang 3

Dayang akan berjumpa doktor jika mengalami masalah suara.

Dalam perkembangan lain, Dayang meluahkan rasa teruja apabila bakal terlibat dalam konsert By Ajai and Mega Friends yang turut menampilkan barisan penyanyi hebat lain seperti Aina Abdul, Hafiz Suip, Hazama dan Aufa Hanie.

Menurut Dayang, pada konsert itu nanti dia akan mendendangkan dua buah lagu ciptaan Ajai termasuk Seandainya Masih Ada Cinta yang berjaya mengangkat namanya dalam industri muzik.

By Ajai and Mega Friends bakal berlangsung pada 3 Ogos 2024 di Mega Star Arena Kuala Lumpur.

Tiket konsert tersebut sudah pun mula dijual bermula 6 Mac dengan harga serendah RM197 di laman web Ticket2u.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain