PELAKON Aiman Hakim Ridza berkata dia terpaksa menolak tawaran lakonan bagi memberikan fokus kepada projek pengubahsuaian rumah baharu yang dibina untuk keluarganya. Aiman atau Aiman Hakim Ridza Abdoh, 35, memberitahu pada awalnya dia melantik kontraktor untuk menguruskan hal berkenaan, namun dia tidak berpuas hati dengan hasil kerja mereka. "Kami sudah pindah lama sebenarnya cuma baru berpeluang nak mengubahsuai dan baru saja selesai. Keluarga merupakan keutamaan buat Aiman. "Kami buat sendiri... mula-mula ada kontraktor tapi kami tak gembira dengan kerja dia, jadi saya buat keputusan untuk buat sendiri. "Saya tak ambil mana-mana tawaran berlakon lebih kurang enam bulan untuk fokus pada rumah," katanya kepada mStar. Aiman berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran koleski raya Clarks With Zahirah di The Exchange Mall (TRX), Kuala Lumpur pada petang Rabu. ARTIKEL BERKAITAN: [V] "Kalau nak komen sudah lama saya buat"- Zahirah dan Aiman pilih tak layan isu Fathia Latiff ARTIKEL BERKAITAN: Sweetnya Aiman Hakim bagi ucapan birthday untuk isteri... Zahirah MacWilson pecah rahsia tolong 'check grammar' Kata Aiman, ketika ini keluarga adalah keutamaan buat dirinya malah berasa tidak tenang selagi rumah tersebut tidak selesa buat anak dan isteri. "Saya sepatutnya terlibat dengan beberapa projek raya sampai selepas raya. Saya tolak semua selagi rumah itu tak siap sebab keutamaan saya adalah keluarga saya. "Akhirnya siap dan hilang rasa tekanan. Dia orang pun masuk rumah dalam keadaan selesa," kongsinya. Aiman dan Zahirah ketika ditemui di majlis pelancaran koleski raya Clarks baru-baru ini. Bercerita pengalaman pengubahsuaian sebelum ini, Aiman memberitahu dia terpaksa menanggung kerugian disebabkan perkara itu. Enggan memperbesarkan isu berkenaan, Aiman berkata dia mengambil pengajaran dari setiap apa yang berlaku pada ketika itu. "Saya dah bayar dah. Rugi itu tak bolehlah nak menafikan tapi kontraktor tu pun ada sumbangan, walaupun tak buat dengan baik tapi ada perkembangan yang diberikan. "Saya belajar, silap orang dan ketidaksempurnaan itu bukan untuk dikritik tapi diambil sebagai iktibar dan pengajaran. Rugi yang ditanggung itu bukan suatu yang penting cukup kami dapat selesaikan perkara itu," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!