suria

Nak beli susu anak pun tak mampu, Putra Amaris kenang zaman hidup susah... Teruskan program infaq bantu orang memerlukan

Amaris pernah lalui detik sukar sehingga tiada duit untuk menampung keluarga.

DI SEBALIK kejayaan dimiliki dalam perniagaan dan kerjaya seni hari ini, pelakon Putra Amaris pernah melalui waktu sukar sehingga tiada duit membeli susu buat anaknya.

Imbau Amaris atau nama sebenarnya Md Amran Ismail, 39, ketika itu dalam dompetnya hanya mempunyai beberapa belas ringgit dan lebih malang tidak wang untuk mengisi minyak kereta.

"Saya ingat lagi ketika anak usia setahun lebih, saya tiada duit nak beli susu, hanya ada beberapa belas ringgit dan itu tidak cukup. Nak keluar rumah pun minyak kereta tidak ada.

amaris 2

Pengalamn hidup susah membuka mata Amaris untuk membantu golongan memerlukan.

"Saya jalan kaki ke kedai terdekat dan hanya mampu beli beberapa kotak minuman susu untuk anak. Mungkin ketika itu Allah nak uji sama ada saya kuat dan sabar berdepan dugaan.

"Syukur dengan berkat kesabaran dan reda, beberapa hari selepas itu banyak pihak yang menghubungi dan bertanya khabar. Termasuk ada yang menghulur bantuan kewangan," katanya kepada mStar.

Amaris berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran Share Rezeki 2024: Putra Amaris x Tyzo yang berlangsung di Shah Alam, Selangor pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya takkan bantu”... Mas Idayu minta orang ramai siasat dulu sebelum bagi sumbangan kepada Aman Graseka

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Mungkin Allah nak beri di akhirat nanti” - Aprena Manrose reda dan pasrah soal zuriat

Tambah pelakon ini pengalaman tersebut juga telah membuka matanya untuk lebih banyak berkongsi rezeki dengan golongan memerlukan.

Justeru sejak empat tahun lalu, Amaris aktif terlibat dengan program kebajikan infaq agar dapat meringankan beban bagi gologan susah termasuk rumah-rumah kebajikan.

Dalam masa sama untuk program tahun ini Amaris berhajat untuk berkongsi rezeki menerusi jualan beberapa aset milik ibunya, Allahyarham Hajar Hasnah Sahli yang meninggal dunia pada 18 Februari lalu.

Saya jalan kaki ke kedai terdekat dan hanya mampu beli beberapa kotak minuman susu untuk anak.

PUTRA AMARIS

PELAKON

"Setelah berbincang dengan keluarga, mungkin akan ada beberapa aset peninggalan arwah ibu untuk kami cairkan dan digunakan untuk tujuan infaq.

"Semoga dengan perkongsian ini pahalanya akan terus mengalir buat arwah ibu saya," ujarnya.

Tahun ini Amaris bekerjasama dengan penyampai radio Tyzo mencari lebih ramai golongan asnaf dan rumah kebajikan sebagai penerima sumbangan.

amaris 3

Tyzo (kiri) dan Amaris bekerjasama dalam program kongsi rezeki.

Bukan itu sahaja, Amaris turut mengajak mana-mana syarikat atau rakan artis yang berhajat melakukan ibadah infaq untuk sama-sama menghulurkan bantuan.

"Banyak syarikat dan ramai rakan artis yang mahu buat kebajikan, namun mungkin mereka tiada masa. Jadi menerusi program ini bantu mereka untuk mendekati golongan memerlukan.

"Tahuni ini saya berharap program yang dilaksanakan tidak hanya tertumpu untuk bulan Ramadan sahaja. Kami mahu gerakkan program ini sepanjang tahun," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain