suria

Atikah Suhaime gementar masuk dapur, bakal sedia juadah berbuka buat keluarga mentua

Atikah teruja menyambut Ramadan bersama suami tercinta.

HAMPIR dua bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Datin Atikah Suhaime teruja pertama kali menyambut Ramadan bersama suami iaitu Datuk Lokman Teh.

Atikah atau Nur Atikah Mohd Suhaime, 33, berkata, dia juga gementar memikirkan perlu menyediakan juadah bersahur dan berbuka puas untuk keluarga mentuanya.

Menetap bersama keluarga mentua, Atikah memberitahu dia perlu menyediakan makanan untuk 10 orang ahli keluarga.

Atikah bersedia untuk menyediakan juadah bersahur dan berbuka puasa.

Atikah bersedia untuk menyediakan juadah bersahur dan berbuka puasa.

"Apabila cakap fasal Ramadan, saya tahu saya kena siapkan makanan untuk bersahur dan berbuka puasa.

"Jadi ada rasa gementar sikit tetapi teruja dapat menyambut Ramadan bersama suami tahun ini.

"Cuma keluarga suami saya pula agar besar dalam 10 orang. Jadi saya akan mula masa dari pukul 3 petang, itu pun belum tentu selesai lagi," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Atikah Suhaime sah bergelar isteri, pilih CEO produk Zaitun sebagai teman hidup

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pandang harta, sikap Lokman suka menderma buat Atikah Suhaime jatuh cinta... Suami berbeza lelaki kaya lain

Dalam pada itu, pelakon filem Tan-Ti-Ana ini meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan keluarga mentua yang baik dan memahami.

Kata Atikah, apa sahaja kerja rumah yang dibuat dilakukan dengan ikhlas untuk mengecapi nikmat kebahagiaan berumah tangga.

Apabila cakap fasal Ramadan, saya tahu saya kena siapkan makanan untuk bersahur dan berbuka puasa.

ATIKAH SUHAIME

PELAKON

"Mereka tidak pernah meminta yang bukan-bukan daripada saya. Satu lagi perkara saya belajar dalam alam perkahwinan ini, bila kita ikhlas melakukan sesuatu hidup kita lebih bahagia.

"Saya banyak sahaja baca komen di Facebook ada ramai wanita merungut kena kemas rumah. Bagi saya tugas suami adalah sebagai 'provider' dan tugas wanita untuk memberikan suami rasa gembira dan selesa.

"Saya rasa tak perlu merungut. Kita kena ikhlas buat semua pekerjaan rumah barulah boleh rasa bahagia itu," ujarnya.

Lokman dan Atikah mendirikan rumah tangga pada 21 Januari lalu.

Lokman dan Atikah mendirikan rumah tangga pada 21 Januari lalu.

Pada 21 Januari lalu, Atikah sah bergelar isteri kepada Lokman yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Zaitun dengan sekali lafaz.

Pelakon itu dinikahkan sendiri oleh bapanya iaitu Suhaime Jamali yang disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Majlis pernikahan pasangan ini bertemakan Sakura dan diadakan di sebuah hotel sekitar Kuala Lumpur secara tertutup dan dihadiri hanya keluarga serta teman rapat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain