PENYANYI terkenal Datuk Francissca Peter meluahkan rasa terharu apabila sebuah syarikat pencetakan tampil dengan koleksi kasut dan baju kemeja T yang dinspirasikan daripada karier muziknya. Fransisca, 62, menyifatkan produk yang dihasilkan syarikat dikenali Abih Pikior itu sebagai luar biasa selain merasai penghormatan cuba disampaikan kepadanya menerusi koleksi tersebut. "Saya sangat gembira, terharu dan rasa diberkati kerana mereka memilih dan menjadikan saya sebahagian daripada rekaan terbaharu untuk projek istimewa ini. Francissca terharu menjadi sebahagian daripada projek istimewa ini. "Kreativiti dan penghasilan produk mereka adalah luar biasa dan saya rasa dihormati kerana menjadi inspirasi koleksi menakjubkan ini," katanya. Syarikat Abih Pikior menghasilkan koleksi khas ini sebagai tanda penghormatan kepada bakat dan sumbangan Francissca kepada warisan muzik dan budaya Malaysia. Menurutnya pemiliknya dikenali sebagai Kimi, muzik Francissca tidak pernah lapuk ditelan zamam, malah diterima oleh semua lapisan masyarakat sehingga kini. ARTIKEL BERKAITAN: Francissca Peter dan Siti Fairus terima gelaran Datuk ARTIKEL BERKAITAN: “Kami ibarat artis mesin karaoke sahaja” - Francissca Peter terhina Syed Saddiq bawa BTS ke Malaysia "Francissca Peter adalah ikon yang melambangkan keanggunan dan kasih sayang. "Muziknya meresap dalam diri semua orang dan itu membuatkan saya teruja menghasilkan rekaan khas untuk peminatnya," katanya. saya rasa dihormati kerana menjadi inspirasi koleksi menakjubkan ini. DATUK FRANCISSCA PETER PENYANYI Jelas Kimi, mereka menghasilkan rekaan khas kasut dengan butiran istimewa seperti pemilihan warna terang dan cetakan halus bagi mencerminkan identiti penyanyi ikonik itu. Rekaan baju pula menonjolkan imej dan grafik menarik serta gaya yang boleh dijadikan kenangan buat peminat. "Ketelitian dalam penghasilan koleksi ini ibarat menghasilkan sebuah cinta. Koleksi baju khas yang dihasilkan dengan memaparkan tajuk lagu Francissca. "Saya ingin menunjukkan karisma seorang Francissca dan menterjemahkannya menjadi sebuah karya seni yang boleh dipakai," jelasnya. Abih Pikior berharap koleksi khas ini mendapat sambutan dan diterima baik daripada para peminat legasi Fransisca Peter. Peminat boleh mendapatkan Koleksi istimewa ini dalam pelbagi saiz dan pilihan rekaan di platform e-dagang Shopee. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!