TATKALA wanita lain menolak poligami, penyanyi Ezlynn pula mengakui bahagia hidup bermadu. Kata Ezlynn atau Azline Ariffin, 42, salah satu kelebihan hidup bermadu ialah dia mempunyai masa untuk diri sendiri. "Sewaktu perkahwinan pertama hari-hari saya kena menjadi isteri. Tiada waktu cuti. Sekarang bila berpoligami saya rasa lega dan selesa. Ezlynn bersyukur dikurniakan seorang suami yang bertanggungjawab. "Kami bergilir selama tujuh hari, jadi saya ada masa untuk berehat. "Bagi saya poligami ini banyak kebaikan. Kalau benda yang tidak baik itu mungkin untuk satu atau dua perkara," katanya ketika dihubungi mStar. Dalam pada itu, Ezlynn memberitahu sebagai seorang wanita dia juga tidak dapat lari daripada perasaan cemburu apabila melihat suami bersama perempuan lain. Pun begitu, perasaan tersebut hilang selepas tanggungjawab dan kasih sayang yang diberikan oleh suami tidak pernah berkurang. ARTIKEL BERKAITAN: Ezlynn kini isteri penderma hati pertama negara, Wan Hafizam - "Saya dah janji dengan Allah nak jadi isteri yang taat" ARTIKEL BERKAITAN: Ezlynn hanya pilih watak patuh syariah, ingat pesan suami supaya jaga maruah "Sebagai wanita sudah tentu kita mempunyai perasaan cemburu atau iri hati, tetapi bagi saya bila suami pandai menjaga hati... Bila giliran di rumah saya pun dia buat semua kerja rumah termasuk memasak. "Kalaulah semua suami boleh menjalankan tanggungjawab dan beri kasih sayang secukupnya mesti wanita tidak kisah sekiranya dimadukan. "Cemburu itu ada tetapi tidaklah rasa berat sangat. Biasa sahaja. Mula-mula sahaja ada rasa cemburu tetapi lama-lama hilang dan hanya rasa bahagia," ujarnya. Bagaimanapun penyanyi lagu Hi Hi Bye Bye ini menegaskan pandangannya terhadap poligami adalah sekadar pendapat peribadi dan bukannya mewakili semua wanita di luar sana. Kami bergilir selama tujuh hari, jadi saya ada masa untuk berehat. EZLYNN PENYANYI Malah Ezlynn menghormati setiap pilihan wanita dan memandang tinggi kepada individu yang boleh hidup bermadu. "Saya bukan memberi pandangan bagi mewakili semua wanita di luar sana. Saya faham perkahwinan poligami ini bukan untuk semua wanita. "Setiap wanita yang Allah beri untuk hidup berpoligami ini memang ada keistimewaan tersendiri. "Saya tidak menghina wanita yang tidak mahu berpoligami dan saya sangat menghormati individu yang boleh hidup bermadu. Saya tahu ia bukan perkara mudah," katanya. Ezlynn mempunyai lebih masa untuk berehat dan bersendiri. Sebelum ini, Ezlynn memaklumkan suaminya iaitu Wan Mohd Hafizam yang juga merupakan penderma hati pertama negara sudah berkahwin dengan seorang doktor berusia 26 tahun di Perlis pada Mac tahun lalu. Penyanyi itu juga berkongsi statusnya juga kini berubah kepada isteri pertama apabila suaminya menceraikan dua isteri terdahulu. Untuk rekod, Ezlynn mendirikan rumah tangga dengan Hafizam pada 11 September 2021. Ini merupakan perkahwinan kedua buat Ezlynn selepas bercerai dengan Adam Fahmy pada 2017. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!