suria

Hormat sesama wanita, Zahirah MacWilson minta jangan normalisasikan perkara tidak bermoral ganggu rumah tangga

Zahirah minta wanita hormat sesama sendiri.

PELAKON Zahirah Macwilson berpendapat setiap wanita seharusnya menghormati perkahwinan dan rumah tangga orang lain.

Dalam hal ini, Zahirah atau Nor Zahirah Macwilson Zainol, 29, berkata tidak sepatutnya budaya merosakkan perkahwinan orang lain dinormalisasikan oleh kaum hawa di negara ini.

“Saya faham perasaan untuk isteri yang terpaksa melalui situasi kehancuran rumah tangga.

NP-124

Zahirah dan Aiman bakal menimang cahaya mata kedua.

“Wanita perlu menghormati wanita lain dan berhenti menormalisasi kelakuan tidak sopan tersebut,” katanya menerusi satu hantaran di Instastory.

Dalam pada itu, Zahirah berpendapat jika isu keruntuhan institusi kekeluargaan ini turut melibatkan anak-anak, ia merupakan satu tindakan tidak bermoral.

“Lebih-lebih lagi apabila terdapat kanak-kanak yang terlibat. Memecah belahkan keluarga adalah sifat tidak bermoral,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Kalau nak komen sudah lama saya buat”- Zahirah dan Aiman pilih tak layan isu Fathia Latiff

ARTIKEL BERKAITAN: Berat badan bertambah 10 kilogram, Zahirah Macwilson suka makan nasi sejak hamil anak kedua

Sejak Sabtu lalu, industri hiburan tanah air kecoh dengan kisah pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies ditangkap berkhalwat di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Isu ini terus menjadi bualan hangat netizen di media sosial.

Untuk rekod, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Isaac Raees yang kini berusia dua tahun.

Pasangan ini juga bakal menimang cahaya mata kedua selepas memaklumkan berita gembira itu di Instagram pada pertengahan Disember lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain