suria

Hisyam Hamid enggan lakon babak sensitif, bayar mahal pun tak sanggup... “Saya nak tidur dengan tenang”

Hisyam mahu tidur malam dengan tenang.

MAHU menjalani rutin harian dengan tenang tanpa sebarang masalah, pelakon Hisyam Hamid sentiasa berhati-hati dalam pemilihan watak drama atau filem.

Hisyam, 39, berkata, sejak awal penglibatannya dalam dunia lakonan dia sentiasa berpegang pada prinsip untuk tidak mengambil sebarang tawaran yang menyentuh isu sensitif dan keganasan.

"Memang dari dulu saya jaga, saya takkan ambil watak sensitif malah secara peribadi saya memang tak akan buat!

"Terutamanya kalau ada kaitan dengan rogol dan sebagainya... Saya rasa sensitif dan marah apabila dengar perkara itu, lepas itu saya nak dilakonkan pula?" katanya kepada mStar.

376269721_563927492471671_7867634609817156837_n

Hisyam tak sanggup bawa watak rogol.

Menurut Hisyam, dia tidak kisah sekiranya melakonkan watak jahat namun bukanlah sesuatu yang melanggar prinsipnya.

Kata Hisyam dia bimbang sekiranya aksi dilakonkan itu boleh memberikan kesan kepada dua anaknya.

Malah dia juga pernah menolak beberapa watak yang dirasakan terlalu sensitif untuk ditonton keluarganya.

ARTIKEL BERKAITAN: Filem La Luna dikritik selit unsur ‘soft porn’, Hisyam Hamid hormat pandangan penonton

ARTIKEL BERKAITAN: Hisyam Hamid digelar Zul Ariffin 2.0 gara-gara babak dukung Scha Elinnea, akui tak dapat elak kerana ada dalam skrip

"Saya ada keluarga dan anak-anak. Apa-apa kita nak buat kena fikirkan mereka dahulu. Saya kena tunjuk contoh yang baik pada mereka.

"Setakat ini anak tak pernah bertanya mengenai watak saya bawa cuma saya perlu jaga agar semuanya terkawal," ujarnya.

Dalam pada itu, Hisyam juga memberitahu bayaran adalah perkara terakhir yang dilihat selepas mendapat sesebuah tawaran.

316325035_542521057248224_6395994493901514421_n

Hisyam mahu beri contoh terbaik kepada anak-anak.

Meskipun pihak produksi sanggup membayarnya dengan harga tinggi dia tetap berpegang pada prinsipnya.

"Saya selalunya kalau dapat tawaran nak tahu watak dan jalan cerita dulu, bayaran adalah perkara terakhir yang saya akan tanya.

"Walaupun dibayar lumayan saya tetap tak boleh. Sebab bila dah berlakon, saya nak balik tidur dengan tenang dan tak risau dengan kecaman," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain