suria

Dipuji pandai mengaji, Aisha Retno belajar taranum dan khatam al-Quran semasa di bangku sekolah

Aisha menyertai Geng Ngaji 2024 di Astro Oasis.

PENYANYI Aisha Retno menerima pujian ramai selepas menunjukkan kebolehannya membaca al-Quran dengan lancar dan bertaranum dengan baik.

Menurut Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 24, sewaktu di bangku sekolah dia mempelajari teknik taranum dan menghabiskan 30 juzuk al-Quran ketika di bulan Ramadan.

"Di sekolah menengah Aisha suka belajar taranum dan apabila bulan puasa insyaAllah saya akan khatam al-Quran," katanya.

Aisha berkongsi suka belajar taranum ketika di sekolah.

Aisha berkongsi suka belajar taranum ketika di sekolah.

Aisha berkongsi perkara itu menerusi program Geng Ngaji 2024 yang bersiaran di Astro Oasis.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di akaun TikTok @lilysufy, Aisha mengalunkan bacaan surah al-Kahfi ayat 25 dan 26.

Bacaan penyanyi itu turut menerima pujian daripada panel jemputan iaitu Ustazah Sofizah Mousin yang menyifatkan suara Aisha seperti qariah dari Indonesia.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Aisha Retno diserang anxiety selepas AJL38, kongsi pengalaman ditarik 30 kaki ke udara

ARTIKEL BERKAITAN: Tergamak ada tuduh Aisha Retno ambil barang terlarang, badan kurus sebab pakai pendakap gigi

"Apabila mendengar bacaan Aisha, saya teringat qariah dari Indonesia kerana Aisha mempunyai nada suara yang besar," ujarnya.

Dalam pada itu, Aisha juga sempat berkongsi tip menjaga suara lebih-lebih lagi di bulan Ramadan.

Kata Aisha, dia akan meminum air kosong dengan banyak sewaktu sahur bagi mengelakkan diri daripada berasa haus.

"Penjagaan suara sepanjang bulan puasa ini, sewaktu sahur saya akan minum air kosong dengan banyak supaya tidak haus.

"Kalau di waktu bukan berpuasa, saya kurangkan makan cili tetapi saya ini degil, saya suka makan pedas," katanya.

Bacaan al-Quran dari Aisha mendapat perhatian ramai.

Bacaan al-Quran dari Aisha mendapat perhatian ramai.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Aisha sebagai seorang contoh artis yang baik kerana pandai mengaji al-Quran.

"Jangan pandang orang sebelah mata, ramai artis kita bukan main lincah di atas pentas, pakai seksi tetapi bila mereka tutup aurat dan mengaji, sedap sahaja didengar.

"Maknanya Aisha rajin mengaji sebab lantunan yang dibaca sedap dan tidak kekok," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain