suria

Buka puasa bersama bekas menantu, netizen puji Yusof Haslam dan isteri jaga hubungan tetap sayang Puteri Sarah

Keluarga Puteri Sarah dan bekas mentua dipercayai berbuka puasa bersama.

KEAKRABAN hubungan pelakon Puteri Sarah dan bekas mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail terus mendapat perhatian dan pujian daripada netizen.

Meskipun bukan lagi bergelar isteri kepada Syamsul Yusof, Patimah berkata ikatan silaturahim itu akan berkekalan selamanya demi cucu-cucu mereka.

"Alhamdulillah silaturahim kami teruskan demi cucu-cucu tercinta bersama besan yang kami hormati," katanya menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.

Puteri Sarah masih menjalinkan hubungan baik bersama mentua.

Puteri Sarah masih menjalinkan hubungan baik bersama mentua.

Bersama kapsyen tersebut, Patimah turut memuat naik foto bapa Puteri Sarah iaitu Megat Kamaruddin Megat Shamsuddin dan isterinya Paridah Puteh.

Malah, Puteri Sarah juga meninggalkan komen memberitahu dia menyayangi bekas mentuanya itu.

"Sayang awak ma (Patimah) dan papa (Yusof)," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas mentua datang acara sukan Syaikhul, Puteri Sarah sebak kenang anak-anak tetap disayangi

ARTIKEL BERKAITAN: Kalau masa boleh diputar semula, Puteri Sarah mahu ubah gaya hidup... Dulu mewah tapi tiada arah tujuan

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Patimah dan Yusof yang tidak membela anak mereka iaitu pengarah Syamsul Yusof walaupun sudah berbuat salah.

"Paling suka dengan Datin (Patimah) ni. Anak buat hal tak ada pun beria nak menyebelahi anak.

"Alhamdulillah anak yang buat salah dan tidak menyebelahi anak, tetap sayang menantu dan keluarganya. Mentua kiriman Tuhan," tulis netizen.

Yusof bersama anak sulung Puteri Sarah iaitu Syaikhul.

Yusof bersama anak sulung Puteri Sarah iaitu Syaikhul.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah atau Puteri Sarah Megat Kamaruddn, 39, bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 6 thaun.

Mereka bagaimanapun sah bercerai talak satu pada 14 Jun tahun lalu.

Pada Januari 2023, Syamsul mengumumkan sudah berkahwin dengan pelakon Ira Kazar di Thailand.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain