suria

Tak paksa peminat, tapi ada yang dengki Meer Nash kenakan bayaran RM60 buat majlis buka puasa

Meer Nash kesal ada yang kecam majlis bersama peminat.

PENYANYI Meer Nash menerima kecaman netizen apabila dia mengenakan bayaran bagi menganjurkan majlis berbuka puasa bersama peminat yang dijadualkan pada 31 Mac ini.

Menjawab perkara tersebut, Meer Nash atau Muhammad Shahmeer Mohd Nasrul, 28, menegaskan dia tidak pernah mengaut keuntungan daripada mana-maja majlis yang dianjurkan bersama kelab peminat.

"Untuk pengetahuan, selama saya buat majlis bersama peminat satu sen pun saya tidak pernah nak kaut untung. Peminat saya dapat dengan harga yang mereka bayar.

meer nash 2

Ada yang kurang senang Meer Nash mengenakan bayaran kepada peminat.

"Perkara paling bernilai adalah saya dapat meluangkan waktu bersama peminat," katanya.

Meer Nash menulis perkara tersebut di laman Instagram miliknya pada Ahad.

Dalam perkongsian tersebut dia turut memuat naik tangkap layar satu yang menganggap dia tidak sepatutnya mengenakan bayaran bagi majlis berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Disuruh berhenti menyanyi... Meer Nash terkejut, terkilan nama diumum tersingkir Big Stage

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara minuman tenaga, Meer Nash diserang panik sebelum naik pentas ‘Big Stage’... “Suara tak keluar dan menggeletar”

Bagi Meer Nash acara berkenaan dibuka kepada mana-mana peminat yang mahu menyertai secara sukarela.

"Tidak sangka dalam bulan puasa ada juga hati busuk dengki fasal orang lain.

"Saya tidak pernah ambil pisau paksa awak sertai majlis ini. Tengok komen macam orang yang kenal saya secara peribadi," ujarnya.

meer nash 3

Meer Nash anjur majlis berbuka puasa untuk luang masa bersama peminat.

Dalam masa sama, peserta program Big Stage 2023 ini juga meluahkan rasa kesal apabila golongan artis sepertinya terus menjadi sasaran kecaman.

"Saya tidak faham kenapa haters ini tidak berani dan hanya berselindung di sebalik akaun palsu.

"Sampai bila kami yang tidak kacau orang ini mahu berdiam diri dan terima sahaja segala cacian? Kami juga ada perasaan dan saya bercakap untuk pertahankan diri," luahkan.

Majlis berbuka puasa untuk kelab peminat yang dikenali sebagai Meernashtions itu bakal berlangsung di sebuah restoran di Putrajaya dan bayaran sebanyak RM60 dikenakan bagi setiap penyertaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain