SIKAP ramah pelakon Nora Danish menyantuni anak-anak yatim semasa menghadiri majlis berbuka puasa anjuran sebuah jenama produk kecantikan baru-baru ini menarik perhatian netizen. Menerusi rakaman video yang tular di aplikasi TikTok, netizen tersentuh hati melihat Nora mencium dahi anak-anak yatim dan menghulurkan sumbangan duit raya. "Sebak tengok Nora cium adik itu. Netizen sebak dengan keikhlasan Nora semasa menyantuni anak-anak yatim. "Momen Nora cium budak itu, Allahu berlinang air mata saya," komen netizen. Dalam pada itu, penampilan pelakon drama Puteri ini menggayakan selendang juga mendapat pujian kerana disifatkan menghormati bulan Ramadan. "Cantik Fasha dan Nora bertudung. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fasha puji Nora Danish, lembut hati mulakan usaha damai... “Kerana pengalaman itu masing-masing jumpa lelaki tepat” ARTIKEL BERKAITAN: [V] Selalu cuai, mujur ada ‘bodyguard’ bantu Nora Danish... Suami pun tak risau keselamatan di luar "Manis berhijab, nampak mereka menghormati bulan puasa," katanya. Selain Nora, majlis berbuka puasa tersebut turut diserikan oleh beberapa rakan artis termasuk Fasha Sandha, Elisya Sandha, Watie Hanifiah dan Amelia Christie. Mereka juga diilihat membawa anak-anak yatim tersebut membeli pakaian sebagai persiapan untuk menyambut hari raya Aidilfitri. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!