suria

“Dia senyum tapi tak cakap”... Impian Shuib nak jumpa Siti Sarah dalam mimpi tercapai

Shuib lihat arwah Sarah tersenyum padanya di dalam mimpi.

HASRAT pelawak Shuib ingin bertemu dengan arwah isterinya iaitu Siti Sarah Raissuddin dalam mimpi akhirnya menjadi kenyataan.

Dalam mimpi tersebut, Shuib atau Shahmira Muhamad, 40, berkata dia berada di sebuah pulau dan berhasrat ingin menghubungi arwah isterinya namun panggilan tersebut tidak berjawab.

"Saya mimpi saya pergi pulau dia macam kem. Saya buka beg untuk cari telefon sebab macam kebiasaan sebelum ini kalau saya pergi mana-mana, lepas habis kerja saya akan hubungi Sarah.

sarah 2

Shuib sebak dapat bertemu Sarah dalam mimpi.

"Masa saya buka beg cari telefon dalam hati kata hubungi Sarah. Saya cari telefon dan ada tiga jadi saya terfikir mana satu telefon yang ada nombor Sarah.

"Saya ambil satu telefon berwarna hitam dan saya buka untuk saya cari nama Sarah sebab saya simpan nama dia 'ibu sayang'. Saya cari dan saya jumpa nombor itu tapi bila hubungi tak berangkat," ceritanya.

Shuib bagaimanapun berkata dia terjaga daripada tidur dan berkongsi cerita itu dengan isterinya iaitu Watie.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu fitnah selesai... Shuib maafkan John Dihani, derma wang saman ke tabung Palestin

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Dah minta maaf tapi tarik balik, Shuib terpaksa heret netizen tabur fitnah ke mahkamah

Namun pelawak ini tidak menyangka mimpi itu bersambung kembali selepas dia melelapkan mata sebentar pada waktu pagi.

Dalam mimpi itu, Shuib memberi gambaran arwah Sarah tersenyum mengenakan penampilan berwarna putih.

Kata Shuib, penampilan Sarah dilihat sama seperti dalam rakaman video arwah menyanyikan lagu Tanpa Kekasihku yang dimuat naik di YouTube.

"Sahur pagi tadi agak sedih pada saya. Memang saya selalu nak mimpi Sarah kan. Saya dah banyak kali dalam mimpi nak hubungi dia tak dapat-dapat.

1247496

Shuib sentiasa berharap bertemu Sarah dalam mimpi.

"Selepas anak-anak sudah ke sekolah saya terlelap, saya sambung mimpi rupanya. Dalam mimpi itu saya pegang iPad kerana itu memang milik dia.

"Tiba-tiba dekat ipad itu keluar nama dia... ibu sayang. Dalam masa yang sama ada keluar satu gambaran yang dia sedang senyum pada saya. Sebelum angkat panggilan ada gambar dia sedang senyum dan pakaiannya lebih kurang seperti ini (bertelekung).

"Jadi saya nak angkat panggilan itu tapi tak boleh angkat sebab itu berhenti di situ... dia senyum tengok saya tapi tak cakap. Saya dah banyak kali mimpi tapi dia takkan angkat panggilan saya," kongsinya.

watie

Shuib kerap berkongsi mimpi Sarah pada Watie.

Untuk rekod, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023.

Ia merupakan perkahwinan kedua Shuib selepas pemergian isterinya Sarah yang meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Hasil perkongsian hidup dengan Allahyarham, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 3 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain