PENYANYI dan pelakon Aliff Aziz pernah meminat nasihat berhubung penceraian daripada sahabatnya yang juga aktor Shahidan Izwan sekitar dua tahun lalu. Shahidan atau Ahmad Shahidan Izwan Mohd Ali, 29, berkata, ketika itu dia meminta Aliff berfikir secara matang dan mendalam apatah lagi dia dan isterinya sudah mempunyai dua orang cahaya mata. Bagaimanapun kata Shahidan, dia masih belum sempat berbual secara bersemuka dengan Aliff selepas Bella Astillah memfailkan cerai terhadap artis asal Singapura itu pada 13 Mac lalu. "Dia (Aliff) pernah bercakap tentang cerai dan saya ada menasihatinya. Saya minta dia fikir secara betul kerana dia mempunyai dua orang anak... Tetapi itu ketika kontroversi sebelum ini. Bella memfailkan cerai terhadap Aliff. "Tentang cerai yang terbaharu ini saya tak berani nak komen sebab belum jumpa Aliff dan Bella. "Kami hanya berhubung melalui panggilan telefon dan mesej sahaja," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Shahidan memohon agar Aliff diberikan ruang memperbaiki keadaan selain tidak mahu rakannya itu terjerumus dalam perkara tidak baik. ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz anggap teguran Allah susulan tular video kelab malam... Rakan artis Shahidan Izwan dedah cerita sebenar! ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Aliff Aziz ‘unfollow’ IG Bella Astillah, kongsi doa dan kata-kata hikmah Malah kata Shahidan, dia juga yakin Aliff tidak melakukan sebarang perkara tidak baik ketika dia dan aktres Ruhainies ditangkap atas tuduhan khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada 8 Mac lalu. "Dia belum berkongsi apa-apa secara terperinci. Saya hanya doakan agar dia kuat sebab takut juga Aliff kembali melakukan perkara tidak elok seperti sebelum ini. "Tapi rasanya keadaan dia baik cuma berilah dia ruang dan tidak diganggu. Aliff tidak pernah lekang dengan nasihat dan dakwah. SHAHIDAN IZWAN PELAKON "Berhubung kes khalwat, saya tidak ada komen tetapi secara peribadi saya yakin dia tidak melakukan perkara tersebut," jelasnya. Berkongsi mengenai persahabatan dengan Aliff, Shahidan menyifatkan pelakon itu suka bertukar pendapat selain banyak berkongsi nasihat dan dakwah. "Dia seorang yang baik dan selalu tegur jika saya buat salah. Aliff tak pernah lekang dengan nasihat serta dakwah. Dia pun bukan seorang yang suka bergaul dengan ramai orang. Shahidan dan Aliff saling berkongsi nasihat. "Saya tidak tahu Aliff di mana sekarang dan lebih baik tuan badan sendiri yang jawab," kongsinya. Shahidan dan Aliff mula rapat selepas mereka sama-sama terlibat dalam penggambaran drama berjudul Ku Akad Kau Dengan Bismillah yang ditayangkan tahun lalu. Ketika drama tersebut menjalani penggambaran, nama Aliff terpalit dengan kontroversi ke kelab malam selain dikatakan menjalinkan hubungan bersama pelakon Sophia Albarakbah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!